Berita

‘Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan…’

'Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan...' 2

Marang: “Cepatlah kita mandi laut, kan nanti aku mati dalam kempunan,” itu permintaan Wan Nashaifudin Wan Latif sebelum dia dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Jambu Bongkok, petang semalam.

Wan Nashaifudin, 48, dari Kampung Tuk Bat, Batu 24, Kuala Berang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama enam lagi rakannya di pantai terbabit pada 6.15 petang.

Rakan sekampungnya, Ezzuan Nazrin Mohd Risa, 42, yang tinggal di Pusat Jagaan Baitul Cakna, Jambu Bongkok berkata, rakannya itu datang ke situ untuk melawatnya sejak petang kelmarin.

“Dia rakan baik saya sejak kecil. Sudah beberapa kali dia datang melawat saya di sini, namun tak pernah mandi di pantai.

“Kali ini dia datang, dia beritahu niatnya semata-mata hendak mandi lalu dan mengajak saya dari awal pagi, namun saya tidak layan kerana ombak besar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Ezzuan berkata, selepas beberapa kali didesak, dia akhirnya bersetuju dan turun ke pantai itu pada 6 petang dan menasihati mangsa supaya bermain di tepi pantai sahaja.

Katanya, mereka bertujuh bermain di tepi pantai dan 15 minit selepas itu, dia meminta mangsa dan rakan lain naik untuk pulang ke rumah.

“Kami semua naik ke daratan dan mangsa tiba-tiba berlari dan terjun semula ke laut dan ketika itu saya berlari menariknya dan meminta dia naik.

“Bagaimanapun, dia semakin hanyut ke laut dan saya sempat berenang untuk menyelamatkannya dan dia sempat berpaut pada saya sehingga saya turut lemas.

“Saya menjerit beberapa kali meminta rakan lain menolong namun mereka tidak berani. Mangsa akhirnya melepaskan pelukan pada badan saya sebelum saya berenang naik ke daratan,” katanya.

Menurutnya, dia turun semula ke laut dan mengekori mangsa yang semakin hanyut ke laut dalam keadaan tenggelam timbul.

Katanya, dia meminta rakan mendapatkan bantuan penduduk kampung dan dia terus mengekori mangsa sambil berharap dia dibawa semula ombak ke daratan.

“Saya mengekorinya sehingga dia hanyut kira-kira satu kilometer sebelum dia tenggelam serta hilang daripada pandangan.

“Ketika berbual pada malam sebelum kejadian, dia berkelakuan pelik dengan kerap bertanya khabar orang kampung.

“Dia minta saya menyampaikan salam kepada semua orang kampung yang mengenalinya dan meminta orang kampung memaafkannya,” katanya.

Berita berkaitan

‘Lelaki ajak rakan mandi laut dikhuatiri lemas’

'Cepatlah kita mandi laut, nanti aku mati kempunan...' 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo