Berita

Ceria dapat mesin oksigen mudah alih baharu


Ipoh: Sambutan Deepavali tahun ini memberi keceriaan kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun ini apabila kini boleh bernafas dan bergerak dengan mesin oksigen mudah alih baharu.

G Sanjivan mengalami masalah kesukaran bernafas sejak berusia dua tahun dan bergantung dengan bantuan mesin oksigen setiap masa.

Nasib Sanjivan mendapat perhatian Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menghulurkan sumbangan itu melalui MB Inc hari ini.

Sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi di rumah di Bandar Baru Putra.

MB Inc pada masa sama turut juga memberi sumbangan makanan keperluan asas dan peralatan perubatan asas.

Ibu Sanjivan, G Nandini, 30, yang juga seorang suri rumah berkata, mereka sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak atas keprihatinannya menyediakan mesin berkenaan.

“Terima kasih Menteri Besar Perak, dengan mesin oksigen mudah alih ini Sanjivan kini boleh bergerak dengan lebih mudah.

“Sanjivan juga memang sudah tidak sabar untuk bersekolah tahun depan,” katanya.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo