Berita

Cheah mahu menyinar di Aragon

Cheah mahu menyinar di Aragon 1

Cheah mahu menyinar di Aragon 2

Kuala Lumpur: Pelumba kereta touring Malaysia, Mitchell Cheah menyasarkan untuk mengumpul lebih banyak mata dalam tiga pusingan perlumbaan penghujung musim Kejohanan Piala Kereta Touring Dunia (WTCR) di Litar Aragon, Sepanyol, hujung minggu ini.

Pemandu berusia 22 tahun yang mendapat penyudah podium dalam Perlumbaan Pertama Kejohanan Kereta Touring Jerman di Litar Red Bull Ring Austria bulan lepas, mendedahkan dia berasa gembira kerana diberi peluang sekali lagi oleh Hyundai Team Engstler untuk membuktikan kebolehannya kepada pasukan itu.

Beliau menggantikan pelumba Belanda Nicky Catsburg yang mempunyai komitmen perlumbaan lain hujung minggu ini.

”Saya sebenarnya tidak pasti apakah kehendak pasukan terhadap saya. Saya tidak bertanya kepada mereka, tetapi ini sudah pasti peluang seumur hidup,” katanya dalam satu temu bual praperlumbaan.

Rakaman suara temu bual itu diperoleh media tempatan daripada pegawai media Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

”Saya sudah pasti akan melakukan apa yang boleh untuk membuat saya menjadi kebanggaan Malaysia dan setiap rakyatnya,” katanya.

Dalam hal ini, Cheah berterima kasih kepada pelbagai pihak yang meluluskan perjalanannya untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan itu seperti SIC, Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Dalam Negeri.

Cheah mula menyertai WTCR pada akhir musim di Malaysia tahun lepas, menduduki tempat ke-16 dalam salah satu perlumbaan.

Cheah mahu menyinar di Aragon 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo