Infotainment

Chef Wan Kesal Adik-Beradik Tak Nak Jaga Mak

Chef Wan Kesal Adik-Beradik Tak Nak Jaga Mak
Chef Wan Kesal Adik-Beradik Tak Nak Jaga Mak 1

Baru-baru ini, selebriti cef popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meluahkan rasa sedih dengan keadaan ibunya, Cik Ani yang bertambah teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Chef Wan berkata ibunya kini tidak tahu untuk berbuat apa-apa termasuk untuk mengikat kain sendiri.

BACA: Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu

“Sampai satu tahap, dia hanya mampu memandang sepi pinggan tanpa berbuat apa-apa. Ini kerana otaknya tidak berfungsi dan menerima signal lagi. Dia juga tidak tahu nak buat apa-apa termasuk ikat kain sendiri pun dia tak tahu,” tulisnya.

Chef Wan turut meluahkan rasa kesal dengan sikap adik-beradiknya yang sering memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan sedemikian dan saling menunding jari.

“Saya ada beritahu kakak dan abang mengenai keadaan ibu dengan meminta mereka supaya meluangkan masa bersamanya.

“Seperti biasa, masing-masing mula menunding jari orang itu yang perlu jaga dan ini. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam ‘suka hati kau orang la’.

“Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,” katanya.

Difahamkan, ibu kepada Chef Wan iaitu Cik Ani yang kini mencecah 91 tahun, penghidap kanser payudara serta dimentia.


Chef Wan Kesal Adik-Beradik Tak Nak Jaga Mak 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo