Infotainment

Chef Wan Tempah Baju Harian Ibu Dari Pereka Terkenal

Chef Wan Tempah Baju Harian Ibu Dari Pereka Terkenal 1

Chef Wan Tempah Baju Harian Ibu Dari Pereka Terkenal 2

Sering berkongsikan momen manis bersama ibunya Noraini Abdullah atau lebih manja dipanggil Cik Ani, ramai yang mengangumi chef selebriti terkenal Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail yang sentiasa menyanjungi ibunya.

Malah, Chef Wan juga tidak kedekut berbelanja untuk ibu tersayang apabila mendedahkan pakaian harian ibunya ditempah khas daripada pereka fesyen terkenal iaitu Calvin Thoo.

BACA: Chef Wan Sedih Ibu Disahkan Hidap Kanser Payudara

Chef Wan Tempah Baju Harian Ibu Dari Pereka Terkenal 3

“Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo. Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam.

“Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata baju-baju yang ditempah akan dipadankan dengan 15 kain batik pelbagai corak yang baharu dibelinya, manakala pakaian lama ibunya yang sudah lusuh akan disimpan.

Menerusi perkongsian di Instagram itu Chef Wan turut berkongsi cerita, ibunya telah mencuba pakaian tersebuut secara sembunyi pada waktu malam gara-gara terlalu gembira dengan pemberiannya itu.

“Dengan 15 batik sarung baharu untuk dipadankan, yang mana dah lusuh dan reput itu boleh disimpan asing buat masa ini. Dia sangat gembira menerima pakaian tersebut dan tak sabar nak tengok malam tadi tapi saya minta tunggu pagi lah.

“Pagi ni siang-siang dah naik bilik saya katanya emak dah cuba tadi masa kau tidur. Cantik-cantik baju baru emak. Terima kasih,” ceritanya.

Diruangan komen rata-rata netizen seakan memuji tindakan Chef Wan yang sanggup melakukan apa sahaja dan memberikan yang terbaik buat ibunya.

Sebelum ini, Chef Wan sering berkongsi perjalanan kisah dirinya bersama ibu yang kini disahkan menghidap kanser payudara pada usia 89 tahun.



Chef Wan Tempah Baju Harian Ibu Dari Pereka Terkenal 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo