Berita

‘Cico sakit bukan disihir, tapi diracun!’ – Uji Rashid

'Cico sakit bukan disihir, tapi diracun!' - Uji Rashid 2

Kuala Lumpur: Penyanyi veteran, Uji Rashid mendedahkan mengenai kisah anaknya yang juga pelakon, Cico Harahap Rashid yang pernah diracun.

Uji berkongsi perkara itu ketika muncul sebagai tetamu undangan dalam program bual bicara Telekung Talk yang dikelolakan pakar motivasi, Prof Dr Muhaya di Facebook.

“Buat pertama kalinya, saya dedahkan mengenai perkara ini secara terbuka. Ada pelbagai cerita mengenai keadaan anak saya.

“Dia bukan disihir, sebaliknya diracun oleh rakan-rakannya dan doktor sahkan ada beberapa jenis racun yang dimasukkan ke dalam gelas minumannya,” kata Uji.

Menurutnya, racun yang dimasukkan ke dalam minuman Cico itu ketika anaknya hadir pada satu majlis dan dakwa Uji lagi, ia mampu membunuh dalam masa empat jam.

“Doktor maklumkan, racun itu mampu membunuh Cico dalam tempoh empat jam. Namun, dengan kuasa Allah SWT, usia Cico masih lagi dipanjangkan sehingga ke hari ini,” katanya.

Dalam video sama, Uji juga berkongsi bagaimana anaknya muntah-muntah dan berdarah.

“Saya ingat lagi, pada ketika itu dia muntah-muntah dan mukanya penuh dengan darah. Ketika dia terlantar sakit selama beberapa hari, saya hanya mampu berdoa dan berserah kepada Allah.

“Bila dia mula sedarkan diri, dia tidak kenal pun siapa saya, termasuk anaknya sendiri. Malah, Cico hanya berdiam diri.

“Walaubagaimanapun, saya bersyukur Cico kini sudah mula menunjukkan tanda pulih, meski masih mengalami masalah pertuturan, tak dapat menulis dan membaca dengan baik,” katanya.

Sebelum ini, timbul beberapa berita yang mengaitkan Cico menjadi mangsa ilmu sihir sehingga menyebabkannya tidak boleh membaca dan bertutur dengan baik sejak tiga tahun lalu.

'Cico sakit bukan disihir, tapi diracun!' - Uji Rashid 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo