Berita

Covid-19: 1,594 kes baharu, 3 kematian hari ini

Covid-19: 1,594 kes baharu, 3 kematian hari ini 2

Kuala Lumpur: Kes jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah 1,594 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 106,690 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 20,643 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 1,181 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 85,592 kes.

“Daripada jumlah kes baharu, tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan dalam negara pula 1,591 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 697 kes (43.7 peratus) di mana daripada jumlah ini, sebanyak 593 kes (85.1 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan,” katanya pada sidang media Covid-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ia diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 194 kes (12.2 peratus) dan Johor sebanyak 191 kes (12.0 peratus).

“Sebanyak 108 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), Kluster Bakti (34 kes), Kluster Pagar Siput (6 kes), Kluster Tembok (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Pagar Bentong (5 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes), Kluster Penjara Sandakan (3 kes) serta dan Kluster Kolam Air (3 kes).

“Sehingga kini, terdapat 116 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, pertambahan tiga kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 455 kes atau 0.43 peratus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Covid-19: 1,594 kes baharu, 3 kematian hari ini 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo