Berita

Covid-19: 3,251 kes sembuh atasi 2,437 kes baharu

Covid-19: 3,251 kes sembuh atasi 2,437 kes baharu 2

Kuala Lumpur: Sebanyak 3,251 kes sembuh daripada jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 273,417 atau 90.9 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 2,437 kes baharu direkodkan hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, Noor Hisham berkata, dua daripadanya adalah kes import iaitu membabitkan seorang warganegara dan seorang warga asing.

“Kes penularan tempatan ialah 2,435 kes membabitkan 1,226 warganegara (50.3 peratus) manakala 1,209 bukan warganegara (49.7 peratus.

“Bagi kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 26,205 kes. Pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), 202 kes manakala 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat sembilan kes kematian pada hari ini menjadikan 1,130 kes keseluruhan atau 0.38 peratus. Kematian membabitkan lapan warganegara, satu bukan warganegara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media mengenai perkembangan terkini Covid-19, hari ini.

Sementara itu, katanya, Selangor masih kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 914 kes (37.5 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 823 kes (90.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 340 kes (14.0 peratus) dan Perak sebanyak 337 kes (13.8 peratus),” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 85 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara.

Memperincikan, katanya, ia yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (77 kes), Kluster Tembok Taiping (tiga kes), Kluster Tembok Sungai Udang (dua kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (dua kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (satu kes).

Covid-19: 3,251 kes sembuh atasi 2,437 kes baharu 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo