Berita

Covid-19: 919 kes baharu, 996 pulih [METROTV]

Covid-19: 919 kes baharu, 996 pulih [METROTV] 1

Covid-19: 919 kes baharu, 996 pulih [METROTV] 2

Kuala Lumpur: Sebanyak 919 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini berjumlah 43,791 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 11,419 kes.

Menurutnya, Sabah mencatatkan 319 kes daripada keseluruhan kes hari ini, manakala Lembah Klang (224) dan Negeri Sembilan (240), Pulau Pinang (63), Sarawak (8), Perak (9), Johor (8), Melaka (8), Kedah (3) dan Kelantan (2).

“Sebanyak 13 kes yang dilaporkan adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara iaitu Kluster Penjara Seberang Perai serta Kluster PTS Tawau.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, terdapat tiga kes import membabitkan dua warganegara dan satu bukan warganegara yang mendapat jangkitan dari Indonesia, Nigeria, Arab Saudi,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 996 kes pulih pula yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 32,069 kes atau 73.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Selain itu, katanya, terdapat 92 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) Kebangsaan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 303 kes.

Kes kematian ke-303 (kes ke-42,012) itu membabitkan lelaki bukan warganegara berusia 66 tahun yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawau.

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO NSTP
TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Covid-19: 919 kes baharu, 996 pulih [METROTV] 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo