Artikel Terkini

COVID-19: Boeing kembali beroperasi pada Isnin



NEW YORK: Boeing akan membenarkan sebilangan pekerjanya untuk kembali bekerja seawal 20 April dan selebihnya pada  24 April.

Keputusan itu bertujuan mengelakkan permintaan tinggi untuk syarikat penerbangan udara daripada bertemu jalan noktah selepas ia membatalkan 70 hingga 90 peratus penjadualannya.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Commercial Airlines, Stan Deal syarikat itu telah merangka langkah keselamatan yang diperlukan untuk memastikan keberlangsungan essential service ini bagi pertahanan negara.

Jelas Boeing, ia akan menyambung pembuatan pesawat 737 Max di Washington yang tergendala pada Januari atas sebab penularan wabak COVID-19.

Sementara itu, presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan AS akan dibuka semula untuk beroperasi secara berperingkat mengikut tiga fasa yang telah ditetapkan.

Tindakan ini kata beliau adalah kerana pengurungan berpanjangan bukanlah penyelesaian jangka panjang apabila memperlihatkan peningkatan dalam kes penyalahgunaan dadah dan alkohol, penderaan domestik dan masalah mental.

Penjarakan sosial tetap akan dilaksanakan seperti biasa namun rakyat yang kurang sihat boleh membuat pilihan untuk terus berada di rumah.

Walaubagaimanapun, ahli Demokrat, Nancy Pelosi berkata perancangan tiga fasa itu agak samar dan tidak berpandukan pada arahan saintis.

Dalam masa yang sama, Datuk Bandar Las Vegas, Carolyn Goodman juga mengumumkan pembukaan semula Las Vegas.

“Pengurungan ini membuat kami jadi gila. Ia membunuh kami dan perindustrian di Las Vegas. Lagi lama kita tunggu, lagi sukar untuk pulih,” kata Goodman.

Pegawai rasmi kesihatan Nevada berkata setakat Rabu, lebih daripada 3,200 kes berkaitan COVID-19 manakala 131 kematian dilaporkan.





Source link