Artikel Terkini

COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luar – Penganalisis

COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luar - Penganalisis 1

COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luar - Penganalisis 2

COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luar - Penganalisis 3

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luaran tahun ini terutamanya daripada pandemik COVID-19 yang menjejaskan perniagaan apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan situasi itu, ia menjangkakan aktiviti perniagaan mungkin tidak akan mencatatkan pemulihan dalam tempoh terdekat ini.

“Walaupun kerajaan Malaysia menyediakan pakej rangsangan yang besar bertujuan menangani kelembapan ekonomi, ia akan menyebabkan defisit belanjawan yang tinggi melebihi sasaran kepada paras -3.2 peratus tahun ini.

“Dalam masa yang sama, aktiviti ekonomi juga mungkin juga mengambil masa yang lama untuk kembali pulih seperti biasa sekiranya pandemik itu berjaya dikawal,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

Sementara itu, Malacca Securities menjangka pasaran tempatan kekal tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.

“Kami melihat trend ini berterusan kerana sentimen pasaran rata-ratanya lemah, walaupun ada petanda pemulihan. Pemain pasaran dijangka mengambil pendekatan tunggu dan lihat terutamanya bagi sebarang perkembangan baharu mengenai COVID-19,” kata firma penyelidikan itu.

— BERNAMA



COVID-19: Ekonomi Malaysia dijangka berdepan cabaran luar - Penganalisis 2

Source link