Berita

Covid-19 serlahkan perpaduan sebenar rakyat Malaysia

Covid-19 serlahkan perpaduan sebenar rakyat Malaysia 2

Kuala Lumpur: Perpaduan rakyat Malaysia dilihat jelas apabila dijelmakan dalam keadaan sebenar ketika negara dilanda cabaran dan musibah termasuk menghadapi gelombang Covid-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam tempoh itu, dapat disaksikan semangat perpaduan yang ditunjukkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Menurutnya, ramai orang menunjukkan sifat empati dan menzahirkan keupayaan individu atau kumpulan untuk memahami sentimen, aspirasi, kebimbangan dan cita-cita individu atau kumpulan yang lain.

“Dalam krisis Covid-19, rakyat Malaysia khususnya petugas barisan hadapan telah membuktikan sifat empati terhadap satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama. Sifat empati ini harus diperkukuhkan dalam masyarakat kita.

“Sifat ini membantu usaha kita mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan. Kita perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam kita hendak memahami isi kaum daripada perspektif yang lebih seimbang dan menyeluruh.

“Seperti beberapa negara berbilang kaum lain, kadang-kala kita hanya melihat isu kaum daripada sudut kaum atau kumpulan tertentu. Perspektif ini perlu diperbaiki supaya menjadi lebih seimbang dan holistik, dan harus dipupuk melalui sistem pendidikan dan media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 yang diadakan secara maya di Facebook Kementerian Perpaduan Negara, hari ini.

Muhyiddin berkata, berbekalkan slogan #KitaJagaKita, rakyat bersatu membantu kerajaan dalam menyebarkan mesej yang positif, menyokong usaha Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Katanya, ternyata rakyat Malaysia berjiwa patriotik kerana bersatu hati berjuang memerangi musuh yang tidak kelihatan.

“Kita patriotik kerana kita inginkan keharmonian dan idamkan perpaduan dalam negara dicintai.

“Jika semangat perpaduan dan saling bantu-membantu ini diteruskan, saya yakin kita akan berjaya mengatasi apa sahaja cabaran yang menduga kita pada masa akan datang, Insya-Allah,” katanya.

Covid-19 serlahkan perpaduan sebenar rakyat Malaysia 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo