Berita

Cukuplah ada Mek Som bantu Che Wel

Cukuplah ada Mek Som bantu Che Wel 2

Tumpat: Sejak enam tahun lalu, Che Wel Che Isa, 72, dari Kampung Kok Bedullah, di sini, hanya mampu mengengsot untuk bergerak disebabkan masalah saraf.

Atas faktor itu, warga emas berkenaan terpaksa dibantu isterinya, Mek Som Che Omar, 69, melakukan rutin harian dalam serba kepayahan.

Che Wel berkata, rutin hariannya hanyalah bergerak untuk solat, mandi, makan dan buang air saja dan kekangan itu tidak membolehkan dia keluar rumah.

“Saya akan mengengsot ke penjuru rumah untuk mengambil wuduk dalam bekas disediakan isteri sebelum menunaikan solat dalam keadaan duduk.

“Untuk makan pula saya perlu makan menggunakan sudu kerana tangan saya tidak boleh diluruskan menyebabkan suapan tidak sampai ke mulut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.

Che Wel berkata, untuk mandi atau buang air, dia akan bergerak ke luar rumah iaitu bahagian pelantar yang diletakkan paip air untuk kemudahannya membersihkan diri.

Suami isteri itu menjalani sisa hidup berdua kerana sepanjang lebih separuh abad usia rumah tangga, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Isterinya, Mek Som berkata, mereka berdua bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima Che Wel sebanyak RM300 sebulan.

“Jika barang dapur atau makanan habis, kami akan meminta bantuan orang kampung keluar membeli kerana saya sendiri pun tidak larat keluar.

“Walau kami tidak dikurniakan cahaya mata, cukuplah ada antara satu sama lain untuk menumpang kasih,” katanya.

Terdahulu, mereka menerima kunjungan kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Che Norhayati Mohamed bersama pemimpin setempat yang menghulurkan sumbangan barang dapur.

Kepada yang ingin membantu suami isteri warga emas ini, boleh berbuat demikian menerusi nombor akuan Bank Islam 03072010137874 di bawah Cempaka Merah Asnaf Society.

Cukuplah ada Mek Som bantu Che Wel 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo