Infotainment

‘Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…’ – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak

'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 2

Kini Trending

'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 3

Foto: Steven Sim Chee Keong

Jika sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Yang Berhormat (YB) Steven Sim Chee Keong, tampil menceritakan kisah hidup seorang ibu tunggal yang membesarkan 10 anak terpaksa mencari rumah baru untuk disewa berikutan beberapa masalah yang berlaku.

Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Terbaru, beliau berkongsi satu kisah sedih mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Uncle Kanda yang sebelum ini hanya tidur di sebuah pasar awam di Bukit Mertajam. Perkongsiannya tersebut secara tidak langsung membuatkan netizen berasa sebak dengan kesusahan yang dialami oleh lelaki itu.

'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 4

Foto: Steven Sim Chee Keong

Menerusi posting YB Steve di Facebook, beliau meluahkan rasa sayu dan sedih melihat keadaan lelaki tersebut yang hanya tidur di kaki lima. Apa yang lebih meruntun hati, apabila warga emas ini menceritakan dia sudah enam bulan tidak tidur di atas katil. Susulan daripada itu, lelaki tersebut telah dibawa ke hotel berdekatan bagi menginap sementara waktu.

Sungguh sayu dan tidak sanggup lihat uncle yang umur sudah boleh jadi datuk orang sebegitu rupa. Uncle bagitau saya, dia sudah 6 bulan tak tidur atas katil. Saya bagitau Uncle Kanda, mulai hari ini, uncle tak perlu tidur atas jalan lagi. Tidurlah sepuas-puasnya, kita mulakan hidup baru besok.

'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 5

Foto: Steven Sim Chee Keong

Difahamkan, lelaki tersebut juga telah dibawa untuk membeli barangan keperluannya iaitu pakaian harian di sebuah pusat membeli belah berdekatan. Tidak berakhir di situ, dia turut dibawa berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan secara menyeluruh.

Sejak dari pagi Uncle Kanda berkali-kali cakap tentang motosikalnya yang kena accident. Saya call boss kedai untuk tanya tentang perkara ini. Sebenarnya, motor itu dah siap dibaiki hampir setahun, tapi sebab tak mampu nak bayar kos RM570, dia tak dapat ambil motor itu.

Apa yang lebih menarik perhatian apabila YB Steve membayar segala kos membaiki motosikal tersebut dan ia secara tidak langsung membolehkan lelaki itu bergerak semula menggunakan motosikalnya. Bahkan, lelaki ini juga turut ditawarkan kembali bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menerima gaji sebanyak RM1,200 sebulan.

Akhirnya saya bawa Uncle Kanda ke rumah barunya. Sewa bulan-bulan saya dah settle. Mulai sekarang, Uncle Kanda sudah ada rumah baru. Tak perlu bangun sebelum subuh untuk mengelakkan penjaja dan pengunjung pasar awam. Tak perlu tidur tilam basah dan busuk. Tak perlu mandi di tandas awam. Tak perlu merayau meminta ehsan orang ramai untuk makan dan minum. Maafkan saya kerana lambat sampai, tapi saya janji saya tak akan biarkan Uncle Kanda tidur di kaki lima lagi.

Sumber: Steven Sim Chee Keong


'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 6

The following two tabs change content below.

'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 7

Have courage and be kind.

'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 7



'Dah 6 Bulan Tak Tidur Dekat Atas Katil…' – Kisah Keperitan Warga Emas Tidur Di Kaki Lima Undang Sebak 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo