Infotainment

‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz

‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz
‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz 1

‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz

Berita perkahwinan pelakon Fatin Afeefa disambut baik oleh bekas suaminya yang merupakan aktor Adam Shahz.

Artikel Berkaitan: Adam Shahz Tak Meroyan, Restu Fatin Afeefa Nak Kahwin – ‘Lailahaillallah.. Kalau Dia Jemput, Saya Datang’

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa & Jutawan Dah Nikah

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Video Nikah, Peminat Tumpang Rasa Bahagia – ‘Allah Dah Bagi Yang Lebih Baik’

Perbicaraan kali pertama

‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz 3

Ketika dihubungi OhBulan!, Adam yang kini berada di Thailand berasa gembira dengan majlis pernikahan yang berlangsung semalam (Jumaat).

Bagaimanapun, aktor berumur 41 tahun itu mengingatkan pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin tentang tarikh ke mahkamah bagi kes menuntut hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia, yang dijadualkan pada 26 Januari 2023.

Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.

Dah kahwin, dah lepas, cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti.

Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.

Sekurangnya dapat melawat anak

‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz 4

Dalam pada itu, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani menyatakan dia akan menerima dengan keputusan mahkamah. Namun, dia berharap agar hubungan ayah dengan anak tidak akan dipisahkan.

Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apa pun, saya bergantung kepada keputusan mahkamah.

Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan, jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.

Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekali pun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak.

Pada malam Jumaat, Fatin dan Aliff Awang sah bergelar suami isteri dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan Adam pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, manakala menerusi perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

‘Dah Kahwin Cuma Jangan Lupa Tarikh Naik Mahkamah’ – Adam Shahz 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo