Infotainment

Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin

Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 1

Kecantikan

Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 2

Kredit foto: Mundo Design

Sudah hampir 2 tahun sesetengah daripada rakyat Malaysia bekerja daripada rumah disebabkan wabak Covid 19 yang menyekat orang ramai daripada keluar berkerja dan juga bersosial seperti biasa.

Terdapat juga segelintir daripada mereka yang menghadapi beberapa masalah seperti ‘awkward‘ atau merasa janggal apabila hendak keluar bersosial. Maklumlah dah lama terperap dalam rumah!

Mungkin dengan beberapa tips ini dapat memberi persediaan kepada mereka yang sudah lama tidak keluar daripada rumah pergi bekerja dan berjumpa rakan-rakan.

Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 4

Kredit foto: Maskulin

Pemilihan pakaian yang sesuai dengan tempat bagi seseorang itu sangat penting, ini kerana memakai pakaian yang menarik dan selesa dapat mengelakkan daripada terjadi perkara yang tidak diingini seperti orang lain memandang rendah ataupun orang menjadi tidak selesa dengan kita.

Memakai pakaian yang sesuai juga dapat membantu seseorang itu menjadi lebih bersemangat untuk berjumpa orang ramai dan menambah keyakinan dalam diri mereka lebih-lebih lagi kepada mereka yang kembali bekerja di pejabat. Pakaian yang kemas dan selesa dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan keresahan setelah sekian lama tidak berjumpa dengan orang.

Bukan setakat dapat menambah keyakinan sahaja, malah memakai pakaian yang bersih, kemas dan sesuai juga dapat memberi ‘first impression‘ atau pandangan pertama yang baik kepada orang lain sekaligus dapat menarik orang untuk meneruskan perbualan dan perkenalan dengan kita. Jadi pakailah baju yang selesa ya!

Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 6

Kredit foto: rggt.com

Pastikan tempat yang ditujui itu bukanlah tempat yang sesak dan tertutup, hal ini kerana jangkitan Covid 19 masih lagi terdapat dalam kalangan masyarakat.

Sentiasa menjaga SOP dan memakai pelitup muka sepanjang masa. Ketika berjumpa dengan rakan-rakan juga seeloknya jaga penjarakan sosial sebanyak 1 meter dan elakkan dari bersentuhan seperti bersalaman ataupun berpelukan.

Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini seperti Covid 19 kembali tersebar dan kes kembali meningkat. Boleh bersosial tapi jaga jarak okay!

Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 8

Kredit foto: kompasiana.com

Seeloknya sebelum keluar untuk berjumpa rakan-rakan dan bersosial, rancang dahulu perjalanan dan aktiviti yang hendak dilakukan supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Sekaligus ianya dapat mengelakkan daripada pergi ke tempat yang sesak. Bukan itu sahaja, malah ianya dapat menjimatkan masa dan masa yang ada akan diguna sebaik mungkin untuk bersosial bersama rakan-rakan.

Bagi yang bekerja pula, mungkin pada waktu rehat tengah hari rancang terlebih dahulu hendak makan dimana supaya masa tidak dibazirkan begitu sahaja. Rancang juga perjalanan pergi dan balik kerja supaya tidak menghadapi kesesakan lalu lintas yang akan kembali seperti normal.

Sekali sekala plan dahulu tempat untuk dituju dan juga aktiviti yang akan dilakukan tak salah, malah ianya akan lebih teratur. Tapi itulah mesti excited dah lama tak keluar kan?

Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 10

Kredit foto: Wanista.com

Sebelum keluar daripada rumah pastikan barang-barang keperluan seperti powerbank, handphone, kad pengenalan diri, kredit kad dan wang. Sejak pandemik melanda dunia, banyak kedai menyediakan perkhidmatan bayaran secara atas talian. Jadi korang boleh download beberapa aplikasi pembayaran secara atas talian untuk memudahkan jual beli. Touch je!

Manakala kepada mereka yang sudah kembali ke pejabat seperti biasa, tag kerja, buku nota, dokumen-dokumen yang peting dan juga keperluan kerja yang lain haruslah dibawa bersama.

Sediakan juga hand sanitizer dan pelitup muka lebih supaya sambil melepaskan rindu berjumpa rakan-rakan, kesihatan diri dan penjagaan SOP tidak diabaikan.

Sumber: Wanista


Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 12


Dah Lama Tak Masuk Office & Lepak Dengan Kawan? Ini Tips Untuk Korang Tampil Lebih Yakin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo