Berita

‘Dah tak perlu ubat kemurungan’ – Nana Sheme

'Dah tak perlu ubat kemurungan' - Nana Sheme 2

Kuala Lumpur: Penyanyi Nana Sheme, 25, mengakui dia semakin sihat daripada masalah kemurungan yang dialami sejak kanak-kanak.

Nana atau nama sebenarnya Nabilah Hashimi berkata dahulu, dia seorang yang suka memendam rasa serta lebih memilih berdiam diri hingga menyebabkan terjebak masalah kemurungan.

“Masalah ini (kemurungan), saya alami sejak berusia 12 tahun lagi. Ketika itu, saya kurang kesedaran mengenai ciri-ciri masalah kesihatan mental.

“Saya banyak pendam perasaan dan berdiam diri dengan apa yang dialami. Ia situasi tidak baik untuk diri dan bila makin dewasa, saya mula faham apa itu masalah kesihatan mental,” katanya kepada Harian Metro. 

Bintang Big Stage 2020 ini berkata masalah dialami itu memerlukan dia berjumpa doktor, makan ubat dan menjalani rawatan sepatutnya.

“Alhamdulillah, sekarang saya makin sihat dan tidak perlu bergantung dengan ubat lagi. Ini kerana hati dan fikiran sudah tenang, termasuk tidak berasa takut untuk bersuara.

“Kini, saya sangat positif dan bersemangat untuk terus menangani masalah kemurungan dialami kerana sedar dalam hidup ini kena berserah, sabar dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya. 

Menurut Nana Sheme, dia sekarang menggunakan pendekatan sentiasa meluahkan apa yang dirasakan. Malah, dia juga akan memastikan diri gembira dan ceria dengan perkara-perkara dilakukan.

“Antara perkara saya suka, berniaga dan kini mengusahakan perniagaan tudung jenama sendiri dikenali, Freckles Hijab sejak awal Disember lalu. Alhamdulillah, semakin dapat sambutan.

“Impian saya untuk 2021, ingin menjadi insan lebih berjaya dalam hidup sama ada melalui perniagaan atau kerjaya seni diceburi. Bagi saya, penting untuk memastikan diri sendiri berasa gembira dahulu,” katanya.

Menurut Nana Sheme, dia sudah berasa sangat bahagia apabila melihat orang lain ceria dengan hasil penjualan tudung itu. Katanya, aktif berniaga menjadi salah satu terapi buat dirinya.

Mengulas punca dia mengalami kemurungan, Nana Sheme berkata ia berkaitan keluarga seperti kehilangan ibu ketika kecil membuatkan dia terlalu sedih dan perasaan itu dipendam tanpa dikongsi dengan sesiapa.

Nana Sheme yang memilki ijazah Pengajian Pengurusan Pembinaan dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebelum ini pernah popular dengan lagu Hantu Atau Buaya pada 2014 dan Boleh Blah (2016). Terbaharu, dia muncul dengan lagu Ragu Ragu pada Mac lalu.

'Dah tak perlu ubat kemurungan' - Nana Sheme 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo