Infotainment

Dah Tiada Tempat Bermanja, Ali Puteh Rindu Arwah Ibu, Akui Sunyi

Dah Tiada Tempat Bermanja, Ali Puteh Rindu Arwah Ibu, Akui Sunyi 1

Kehilangan orang tersayang pastinya perit untuk diterima tambahan jika ia melibatkan pemergian ibu bapa tercinta.

Arwah ibu Ali Puteh

Begitulah yang dirasai pelawak terkenal, Ali Puteh yang memaklumkan bahawa dia masih membiasakan diri apabila ibunya, Sabariah Arshad kini sudah tiada lagi di dunia.

Luahan perasaan sedih itu dikongsikan bintang Maharaja Lawak Mega 2021 menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Ujar Ali, pemergian ibunya itu benar-benar memberi ‘tamparan’ hebat buat dirinya sebagai seorang anak.

Genap sebulan mak pergi, rindu mak yang teramat rindu. Sunyi je tanpa mak. Dah tak ada tempat bermanja dengan mak. Doa angah sentiasa ada buat mak.

Dalam satu hantaran yang lain pula, Ali turut menzahirkan perasaan rindu kepada abangnya, pelawak Abam Bocey yang juga telah kembali ke rahmatullah.

Sekadar info, Allahyarham Sabariah Arshad meninggal dunia di Hospital Selayang pada 30 Oktober lalu akibat serangan asma dan ditidurkan sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian.

Manakala Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan,32, pergi menghadap ilahi pada 10 Februari 2020 di kediamannya yang bertempat di Gombak, Selangor akibat serangan demam panas.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Dah Tiada Tempat Bermanja, Ali Puteh Rindu Arwah Ibu, Akui Sunyi 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo