Infotainment

Dakwa Berat Sebelah, Sepupu Sajat Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander

Dakwa Berat Sebelah, Sepupu Sajat Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Tular sejak semalam apabila Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzman menerusi temu bual bersama Harith Iskander mengakui beliau sudah menukar jantina dan dijadikan kambing hitam dalam isu politik dan agama.

Temu bual tersebut turut menjelaskan sebab Sajat memilih untuk menetap di Australia selepas dilayan dengan buruk di Malaysia sekaligus membolehkan beliau bebas menjadi diri beliau sebenar di negara tersebut.

Dakwa Berat Sebelah, Sepupu Sajat Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander 2

Sumber: youtube Harith Iskander Official

Di sebalik pendedahan yang dibuat Sajat, seorang bekas pengurus usahawan iaitu Nurnilam Sari menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas Harith Iskander berikutan temu bual yang bersifat berat sebelah.

Menurut Nurnilam yang pernah menjadi mangsa penipuan Sajat, beliau mendakwa Harith memberi platform dalam membenarkan orang yang bersalah bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.

“Bila seseorang menjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara, serta cuba membuat fakta yang salah. Jadi, hati-hati Harith dengan temu bual anda secara siaran langsung,” katanya di Facebook.

Beliau juga turut memaklumkan Sajat memberi informasi yang salah terhadap kes pernipuan yang telah dilakukan. Malah, Nurnilam Sari turut mendedahkan Sajat pernah meminjamkan wang beliau sehingga jutaan Ringgit.

Dalam pada itu, Harith Iskander memaklumkan beliau sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Menurut Harith, beliau hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang dikongsikan Sajat daripada mulutnya beliau sendiri.

Untuk pengetahuan, Sajat sebelum ini turut pernah memaklumkan dilayan dengan kasar oleh tiga pihak penguasa yang menyepak beliau. Bukan itu sahaja, Sajat turut mengakui telah dicabul oleh pihak berkenaan.

Ketahui lebih lanjut isu melibatkan Sajat di mana beliau menjadi buruan dengan klik pautan di bawah.

Sajat Mengaku Tukar Jantina, Rasa Diri Dijadikan Kambing Hitam Untuk Alih Perhatian Isu Lain

Akui Lebih ‘Bebas’ Di Australia, Kisah Sajat Raih Liputan The New York Times


Dakwa Berat Sebelah, Sepupu Sajat Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harith Iskander 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo