Artikel Terkini

Dana pelaburan mampu berdaya tahan hadapi tekanan – SC

Dana pelaburan mampu berdaya tahan hadapi tekanan - SC 1
0
(0)

Dana pelaburan mampu berdaya tahan hadapi tekanan - SC 2

Dana pelaburan mampu berdaya tahan hadapi tekanan - SC 3

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menjalankan ujian tekanan bagi memantau, mengurangkan serta menguruskan risiko sistemik daripada aktiviti dalam pasaran sekuriti serta derivatif dan mendapati dana pelaburan adalah berdaya tahan terhadap pelbagai tekanan penebusan.

Dalam Laporan Tahunan 2019 yang dikeluarkan hari ini, SC berkata ini seiring dengan mandat di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCMA) dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Pendekatan itu diambil berikutan risiko kecairan skim pelaburan kolektif akan memberi kesan terhadap pelbagai segmen pasaran akibat peruntukan kepada pelbagai kelas aset, dana pelaburan yang turut dipilih sebagai segmen pertama menjalani ujian tekanan makro.

“Secara keseluruhannya, terdapat kesan penularan yang minimum terhadap segmen pasaran modal yang lain,” katanya.

Malah, terdapat pelbagai pertimbangan yang dibuat terhadap reka bentuk senario iaitu bilangan dan jenis faktor kejutan yang digunapakai ke atas portfolio pelaburan dan kaedah pencairan hipotesis yang akan digunakan oleh pengurus dana terhadap dana masing-masing.

SC juga menegaskan bahawa ujian tekanan makro menggunakan analisis sensitiviti yang mana hanya satu faktor kejutan daripada tekanan penebusan besar yang diguna pakai terhadap bahagian liabiliti dana tersebut iaitu tekanan penebusan.

“Tiga senario tekanan penebusan diguna pakai dalam ujian tekanan makro berdasarkan pola penebusan lalu,” katanya.

Untuk nota, SC berkata latihan ini tidak bermaksud untuk menggantikan ujian tekanan sedia ada yang dijalankan di peringkat portfolio oleh peserta pasaran sebaliknya bertujuan melengkapi ujian tersebut dengan pemahaman menyeluruh mengenai sistem saluran penularan dan perincian kejutan yang berpotensi menjejaskan kestabilan pasaran modal.

“Ini juga selaras dengan Prinsip 6 Objektif Pengawalseliaan Sekuriti IOSCO yang mana sesebuah pengawal selia sekuriti bertanggungjawab untuk menyumbang kepada proses pemantauan, pengurangan dan pengurusan risiko sistemik,” katanya.

Bagi meredakan tekanan penebusan, SC berkata dua pendekatan pencairan biasa dipertimbangkan dengan menjual pelaburan paling cair kepada yang paling kurang cair (kaedah pembubaran `waterfall’ atau `horizontal slicing’), atau dengan menjual pelaburan secara prorata (kaedah pencairan pro-rata atau `vertical slicing’).

“Selepas mempertimbangkan kebaikan dan keburukan kedua-dua pendekatan pencairan ini, telah diputuskan bahawa pendekatan ‘horizontal slicing’ adalah paling sesuai dan menepati objektif keseluruhan ujian tekanan makro ketika ini.

“Ia membolehkan pemerhatian terperinci terhadap saluran penularan yang berpotensi dengan segmen pasaran kewangan lain, iaitu kesan penularan silang yang timbul daripada deposit dan penempatan pasaran wang dalam sektor perbankan, serta pendapatan tetap dan pelaburan ekuiti dalam pasaran modal,” katanya.

SC juga menyifatkan bahawa setiap dana pelaburan adalah unik dan satu model dalaman telah dibangunkan bagi memastikan semua andaian dan metodologi pendasar boleh digunapakai bagi sebilangan besar dana pelaburan sebelum keputusan diagregatkan di peringkat makro.

— BERNAMA



Dana pelaburan mampu berdaya tahan hadapi tekanan - SC 2

Source link

Show us your support

Click on a star to rate it!

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate

We are sorry that this post was not useful for you!

Let us improve this post!

Tell us how we can improve this post?