Infotainment

Dari Pelarian Ke Olimpian, Ini Kisah Getir Yusra Mardini Berenang 3 Jam Di Lautan Demi Selamatkan Diri

Dari Pelarian Ke Olimpian, Ini Kisah Getir Yusra Mardini Berenang 3 Jam Di Lautan Demi Selamatkan Diri
Dari Pelarian Ke Olimpian, Ini Kisah Getir Yusra Mardini Berenang 3 Jam Di Lautan Demi Selamatkan Diri 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Pada 23 Julai 2021, telah berlangsungnya secara rasmi pembukaan Olimpik 2020 di Stadium Olimpik Tokyo. Majlis pembukaan tersebut dilihat meriah walaupun tanpa kehadiran penonton.

Yusra Mardini, salah seorang atlet yang bertanding di kejohanan sukan penuh berprestij itu mendedahkan bagaimana berenang menyelamatkan dirinya satu ketika dahulu.

Untuk pengetahuan anda, Yusra Mardini merupakan seorang pelarian Syria dan ketika beliau bersama kakaknya meninggalkan bumi Syria pada tahun 2015, bot pelampung angin yang dinaiki mereka rosak serta hampir tenggelam dalam perjalanan menuju ke Eropah.

Dalam keadaan bahaya, Yusra bersama kakaknya melompat ke dalam air untuk menolak serta menarik bot itu dan berenang selama lebih tiga jam sebelum tiba ke pantai bagi menyelamatkan diri serta 20 pelarian lain.

Kemudian, mereka perlu berjalan kaki dari Greece ke Jerman. Walaupun perjalanan tersebut tidak sah, tetapi itulah jalan keluar untuk menyelamatkan diri daripada konflik di Syria.

Selepas kejadian tersebut, Yusra berasa takut untuk berenang tetapi kembali menyukai sukan renang untuk membina kehidupan baru di Hamburg. Mengimbau kembali keadaan sukar ketika itu, beliau bersyukur dapat menyelamatkan diri dengan orang lain kerana boleh berenang.

Difahamkan, Yusra Mardini sudah mula belajar berenang sejak berumur 3 tahun dan telah menyertai beberapa kejohanan renang untuk pasukan Syria. Awalnya, beliau takut untuk berada dalam pasukan pelarian kerana bimbang orang fikir beliau dapat peluang berkenaan kerana kisah hidupnya.

Yusra Mardini yang kini mewakili pasukan pelarian di Olimpik Tokyo 2020 sebenarnya mulakan langkah pertamanya dengan menyertai kejohanan olimpik di Rio pada tahun 2016 dalam acara renang 100 meter gaya kupu-kupu. Siapa sangka, takdirnya berenang di lautan Mediterania ketika itu menjadi kerjayanya sekarang.

Walaupun beliau dipanggil sebagai pelarian tetapi Yusra tidak berkecil hati tetapi bangga kerana melalui berenang dirinya berjaya selamat dari konflik berpanjangan di Syria. Malah, Yusra turut berterima kasih kepada penyokongnya dan akan tetap berusaha sehabis baik untuk mencipta kejayaan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan Olimpik Tokyo 2020 pada pautan di bawah ini.

Formasi 1,824 Dron Buat Penonton Terpegun Ketika Majlis Pembukaan Olimpik 2020

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020


Dari Pelarian Ke Olimpian, Ini Kisah Getir Yusra Mardini Berenang 3 Jam Di Lautan Demi Selamatkan Diri 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo