Artikel Terkini

Dari Seorang Kapten Kapal Layar Kepada Pengasas Personio, Perisian Yang Bernilai $500 Juta

Dari Seorang Kapten Kapal Layar Kepada Pengasas Personio, Perisian Yang Bernilai $500 Juta 1

Dari Seorang Kapten Kapal Layar Kepada Pengasas Personio, Perisian Yang Bernilai $500 Juta 2

Pernah dengar tak software bernama Personio? Personio digunakan untuk membantu mereka yang bekerja di bidang Human Resource Development (HRD) yang dibangunkan oleh Hanno Renner.

Kerja-kerja manual yang leceh seperti urusan pengambilan staf baru atau pun penggajian boleh digantikan dengan software ini.

Apa yang menariknya, pengasas Personio ketika mencipta Personia beliau hanya berusia 25 tahun. Sebelum memulakan perniagaannya, Hanno Renner merupakan pelajar di Germany’s Technical University of Munich.

Semasa belajar di sana, beliau juga melakukan pekerjaan sambilan sebagai seorang kapten kapal layar dan telah berlayar mengelilingi dunia dari Mediterranean sehingga ke Caribbean.

Dari Seorang Kapten Kapal Layar Kepada Pengasas Personio, Perisian Yang Bernilai $500 Juta 3
Dari Seorang Kapten Kapal Layar Kepada Pengasas Personio, Perisian Yang Bernilai $500 Juta 6

Beliau turut menegaskan yang beliau tidak terikut-ikut jejak langkah usahawan teknologi yang lain seperti Bill gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg yang tidak menghabiskan pengajian tinggi mereka. Beliau tekun belajar dan menghabiskan pengajian di universiti sebelum memulakan perniagaan Personio bersama tiga rakannya yang lain.

Inspirasi Ciptaan Personio

Hanno Renner mendapat inspirasi untuk mencipta Personio apabila mendapat tahu salah seorang rakannya mempunyai masalah untuk menguruskan kerja-kerja human resource dengan tiada perisian khusus yang dapat membantu.

Semua maklumat hanya disimpan menggunakan pen dan kertas serta fail Excel. Proses sedia ada tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah berkaitan HR ini.

Dengan adanya Personio, semua proses kini menjadi automatik dan boleh menguruskan maklumat daripada permohonan perkerjaan sehinggalah pengurusan akaun gaji.

Perkembangan Pesat

Selepas empat tahun dibangunkan, Personio kini bernilai hampir $500 juta. Pembentukan awal perniagaannya dibantu oleh Accel Venture Capital.

Sekarang, Personio telah mengumpul dana lebih daripada $129 juta daripada pelabur-pelabur seperti Lightspeed dan Lars Dalgaard, CEO SAP Success Factor. Satu lagi perkara yang membanggakan adalah Hanno Renner tidak perlu membuat pitching untuk menarik pelabur, sebaliknya pelabur yang datang kepada beliau untuk membuat pelaburan.

Kesimpulannya, Personio mempunyai ciri yang unik iaitu lebih menumpukan perhatian kepada para usahawan yang berskala kecil dan sederhana. Ini yang membuatkan Personio mampu bersaing dengan nama-nama besar seperti Salesforce, Oracle dan SAP yang lebih tertumpu kepada syarikat-syarikat besar.

Selagi kita ada minat yang mendalam dan sanggup bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut, orang ramai pasti akan lihat potensi kita untuk maju ke hadapan.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan:

Dari Seorang Kapten Kapal Layar Kepada Pengasas Personio, Perisian Yang Bernilai $500 Juta 4

Dari Seorang Kapten Kapal Layar Kepada Pengasas Personio, Perisian Yang Bernilai $500 Juta 2

Source link