Infotainment

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini!

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini!

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 1

Kini Trending

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini!

Sedar ataupun tidak, dunia makin pesat berkembang dengan pelbagai inovasi teknologi canggih yang secara tidak langsung mempengaruhi gaya hidup kita kini.

Untuk membantu mempersiapkan generasi muda negara untuk masa depan pendigitalan, pada 1 Julai 2021, kerajaan telah melancarkan Dasar 4IR Negara, bagi mentransformasi pembangunan sosioekonomi, sekaligus mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi.

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 4

Dasar 4IR Negara ini juga akan menjadi panduan kepada kementerian dan agensi dalam meningkatkan kemahiran pekerja di Malaysia, sekaligus menjadi negara berpendapatan tinggi dan berdaya saing.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Sri Mustapa Mohamed, dasar ini mengandungi 4 teras utama yang menyasarkan 3 kumpulan iaitu masyarakat, perniagaan dan kerajaan.

Antara 4 teras dasar tersebut adalah:

1. Mempersiapkan rakyat dengan pengetahuan dan set kemahiran berkaitan 4IR

2. Membina negara yang mempunyai ketersambungan melalui pembangunan insfrastuktur digital

3. Menyediakan peraturan yang sesuai dengan keperluan masa hadapan supaya fleksibel mengikut perubahan teknologi

4. Mempercepat inovasi dan penerimagunaan teknologi 4IR.

Masyarakat

Melalui Dasar 4IR Negara, rakyat akan menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik. Teknologi akan digunakan untuk mencapai keseimbangan yang lebih baik antara kerja dan kehidupan, peningkatan kemudahan, tranformasi kepada pekerjaan yang berpendapatan lebih tinggi, peningkatan kesejahteraan sosial dan alam sekitar yang mampan.

Perniagaan

Perniagaan akan menjadi lebih produktif, berdaya saing dan inovatif serta lebih banyak peluang dapat diadakan dengan Dasar 4IR Negara.

Kerajaan

Kerajaan berpacukan teknologi akan menyediakan perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan moden bagi memenuhi keperluan rakyat.

Selain itu, Dasar 4IR juga akan dipacu oleh lima teknologi asas iaitu:

1. Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 6

Tech Spy Magazine

Teknologi kecerdasan buatan amat popular pada masa kini dan berpotensi besar dalam mengautomasikan operasi dan kerja yang berulang-ulang serta amat penting dalam membantu menyelesaikan tugasan kompleks dalam masa yang singkat.

Mempunyai kepintaran seperti manusia, teknologi kecerdasan buatan banyak memudahkan kehidupan kita sekarang seperti mesin deposit wang, robot vakum, robot pembuatan, kereta pandu sendiri dan banyak lagi.

2. Internet Benda (IoT)

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 8

Lifewire

Internet benda atau internet of things (IoT) dalam bahasa mudahnya adalah kaedah yang boleh menghubungkan internet dengan peralatan, mesin, sensor dan peranti serta dapat berkomunikasi dengan orang lain melalui internet dan dikendalikan dari jauh.

Contohnya seperti kamera CCTV, smartwatch, smartlock dan banyak lagi.

3. Blockchain

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 10

The Economic Times

Blockchain adalah teknologi yang boleh menyimpan data internet dalam bentuk blok berangkai, boleh dikawal dan diselia, telus, selamat serta mustahil untuk digodam.

Data atau maklumat tersebut hanya boleh diubah jika ada persetujuan atau consensus antara semua komputer dalam jaringan blockchain.

Contoh-contoh aplikasinya adalah seperti transaksi di dalam industri kewangan, kesihatan, perniagaan, insuran dan proses vaksinasi.

4. Pengkomputeran awan dan analitis data raya

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 12

Helpjuice

Sistem pengkomputeran awan (cloud computing) membolehkan pengguna untuk menyimpan dan mengolah data secara virtual dengan jaringan internet tanpa perlu memuat naik aplikasi dan memori penyimpanan.

Antara sistem cloud computing yang sering digunakan adalah Google Drive, media sosial, Dropbox dan lain-lain lagi.

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 14

Makeuseof

Manakala, analitis data raya pula adalah teknik canggih dalam menganalisis kumpulan data yang sangat besar untuk mendapatkan maklumat penting, sekaligus membantu mengurangkan kos, penjimatan masa, pembangunan produk dan membuat keputusan.

5. Bahan dan Teknologi Termaju

Penggunaan bahan-bahan dan teknologi termaju adalah sangat penting dalam kehidupan seharian kita dan ia menjamin fungsi, ketahanan jangka panjang, keselamatan, keserasian semua peranti di sekitar kita seperti mesin dan perkhidmatan pada masa ini dan juga masa akan datang.

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 16

Arab News

Menurut Mustapa, walaupun 4IR dilihat memberi cabaran penggantian tenaga kerja disebabkan automasi, penggunaan robot dan kecerdasan buatan (AI), tetap ada potensi untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan serta kualiti kehidupan.

Turut bersama melancarkan Dasar ini, Menteri Sains, Teknologi  dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, “Dasar 4IR Negara adalah komitmen kerajaan dalam mempersiapkan masyarakat dan perniagaan untuk menghadapi cabaran serta memanfaatkan peluang daripada revolusi perindustrian ini”.

Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 18

Untuk maklumat lanjut tentang Dasar 4IR Negara, layari Facebook Rasmi Unit Perancang Ekonomi dan Facebook Rasmi Kementerian Sains dan Inovasi (MOSTI).


Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 20

The following two tabs change content below.

it ain’t watcha write
it’s the way atcha write it



Dasar Revolusi Perindustrian (4IR) Negara Dilancarkan- Ini Manfaatnya Buat Generasi Masa Kini! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo