Berita

‘Datuk’ nak buat bantahan | Harian Metro

'Datuk' nak buat bantahan | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai ‘Datuk’, kelmarin apabila mahu mengadakan bantahan berkumpulan susulan kejadian empat suspek kes samun ditembak mati, Jumaat lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, setakat ini keadaan masih terkawal dan pihaknya menolak sebarang kemungkinan berlaku rusuhan seperti didakwa.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh terima laporan daripada lelaki itu berhubung isu bantahan sahaja, tidak berbangkit cubaan untuk merusuh.

“Kita masih giat menyiasat perkara ini termasuk bila dan di mana mereka akan buat bantahan itu. Jangan bimbang, keadaan masih terkawal di Sungai Buloh,” katanya, semalam.

Kelmarin, polis dilaporkan menyiasat sama ada empat suspek kes samun yang ditembak mati mempunyai rangkaian kumpulan atau bekerjasama dengan pihak lain bagi menjalankan aktiviti jenayah di Selangor sejak awal tahun ini.

Arjunaidi dipetik berkata, polis juga menyiasat kemungkinan terdapat hubungan suspek lain dengan empat lelaki terbabit.

Empat suspek berusia 20-an maut ditembak polis ketika melarikan diri daripada pemeriksaan dengan menaiki sebuah kereta di Sungai Buloh selepas dipercayai terbabit dalam kes samun melibatkan sebuah rumah di Taman Pelangi, Rawang.

'Datuk' nak buat bantahan | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo