Berita

Dayana Roza selamat bernikah | Harian Metro

Dayana Roza selamat bernikah | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Pelakon Dayana Roza, 29, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin, 33, 8.57 pagi, hari ini.

Majlis yang diadakan di Masjid Negara itu dihadiri 30 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Pasangan itu dinikahkan bapa Dayana, Kamsum Baharin Kassim dan disaksikan Imam masjid berkenaan, Ustaz Muhammad Afif Jamal.

Pada majlis itu, A’dale menyerahkan mas kahwin berbentuk gelang tangan bernilai RM2,000 dan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan daripada pihak Dayana. Manakala wang hantaran dirahsiakan.

Dayana berkata, dia bersyukur majlis berjalan lancar biarpun penularan wabak Covid-19 membataskan banyak perkara.

“Alhamdulillah, terpateri sudah ikatan yang sah antara kami. Kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik ini yang membataskan banyak perkara, kami dapat melangsungkan yang wajib dulu.

“Kami cuba mempercepatkan majlis nikah ini seperti yang dirancang kerana datuk A’dale sudah tua dan sakit. Cuma datuknya tak sihat dan tak dapat tengok majlis akad nikah.

Dayana Roza selamat bernikah | Harian Metro 3

“Insya Allah, kalau tiada aral melintang majlis resepsi akan diadakan pada 10 Januari depan,” katanya.

Menurut Dayana, suaminya sentiasa bersungguh-sungguh untuk memilikinya.

“A’dale pernah menyuarakan hasrat melamar saya sekitar empat tahun lalu. Tetapi, saya menolak lamaran itu. Tak menjangka, hasratnya kini menjadi kenyataan. Dia sanggup menunggu lama. Jodoh kuat antara kami.

“Sebelum ini memang kami berkawan rapat dan sering lepak bersama. A’dale juga teman gaduh dan paling suka menyakat saya. Siapa tahu jodoh depan mata, tak pernah sedar selama ini.

“Saya sukakan A’dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan,” katanya.

Sementara itu, A’dale berkata, Dayana yang memiliki karakter lasak membolehkan mereka berkongsi minat sama.

“Arwah nenek pernah cakap nak cari calon isteri, pilih berkulit putih. Jadi, Dayana memang dalam kategori putih, cuma sekarang gelap sedikit.

“Paling penting, kami meminati hobi lasak bersama,” katanya.

Dayana mula mengenali A’dale sejak enam tahun lalu. Namun, tanpa diduga hubungan bertukar menjadi cinta, tahun ini.

Pasangan ini tidak menolak rezeki dikurniakan anak dalam masa terdekat selain merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.

Terdahulu, pasangan itu melangsungkan pertunangan pada 5 Ogos lalu.

Dayana Roza selamat bernikah | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo