Infotainment

Daymak Rancang Hasilkan Kereta Elektrik Boleh Melombong Kriptowang Pertama Dunia

Daymak Rancang Hasilkan Kereta Elektrik Boleh Melombong Kriptowang Pertama Dunia

Daymak Rancang Hasilkan Kereta Elektrik Boleh Melombong Kriptowang Pertama Dunia 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Sejak jenama Tesla mula dikenali sebagai pelopor di dalam industri kereta elektrik, pelbagai jenama kereta lain mula berlumba-lumba memperkenalkan kereta elektrik dengan pelbagai teknologi dan solusi terkini kepada dunia.

Terbaharu, sebuah jenama kereta elektrik dari Kanada telah mengumumkan perancangannya untuk menghasilkan kereta elektrik yang mampu melombong kriptowang semasa anda meletakkan kenderaan.

Model Spiritus ini merupakan sebuah Light Electric Vehicle (LEV) yang akan dilengkapi dengan infrastruktur kriptowang Daymak Nebula terdiri daripada Nebula Miner dan Nebula Wallet yang masih dalam ‘proses dipatenkan’.

Bagaimana ia berfungsi? Kereta model LEV ini akan menjadi blockchain-node dan membolehkannya melombong pelbagai matawang kripto seperti Dogecoin, Bitcoin, Ethereum dan Cardano semasa anda tinggal meletakkan kenderaan.

Setelah kereta ini selesai melombong — ia akan mengumpul, menyimpan, dan membantu anda melakukan transaksi kriptowang di tempat-tempat yang menerima pembayaran matawang kripto.

“Model Spiritus ini sesuai untuk mereka mahu memudahkan pelbagai urusan dan kami sangat komited untuk memastikan pelanggan kami sentiasa berada di hadapan.

“Kami membayangkan sebuah masa depan di mana tol lebuh raya, tempat letak kenderaan dan pesanan pandu lalu anda akan dibayar terus dengan kriptowang. Bil dan perbankan online anda boleh dikawal melalui platform perisian sama yang dibayar dalam kriptowang.

“Walaupun kebanyakan kenderaan mengalami nilai susut semasa ia duduk di garaj anda, Nebula Miner akan menjana wang semasa Spiritus anda ditinggalkan di tempat letak kereta. Ini adalah sebuah aplikasi yang berpotensi tanpa batas,” terang Presiden Daymak, Aldo Baiocchi.

Jika anda berminat untuk mendapatkan ‘kereta elektrik penjana wang’ ini, Daymak menawarkan model Spiritus dalam dua varian Spiritus Deluxe (RM82,539) dan Spiritus Ultimate (RM615,072).

Pihak Daymak menyasarkan untuk melancarkan model ini pada tahun 2023 nanti. Sementara itu bolehlah anda merangka strategi bagaimana mahu menjadi ‘jutawan kriptowang’ pada masa akan datang dengan hanya meletakkan kenderaan sahaja.

Anda boleh dapatkan info lanjut melalui laman web rasmi Daymak di sini.

Sementara itu SafeMoon telah muncul sebagai matawang digital paling mendapat perhatian pelabur pada bulan lalu. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Kalahkan Bitcoin, SafeMoon Muncul Sebagai Matawang Digital Paling Mendapat Perhatian Pelabur

Elon Musk Pertimbang Tesla Tambah Kaedah Pembayaran Kriptowang ‘Dogecoin’

Bill Gates Dakwa Bitcoin Bahaya, Minta Ia Diharamkan

 



Daymak Rancang Hasilkan Kereta Elektrik Boleh Melombong Kriptowang Pertama Dunia 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo