Infotainment

Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349

Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349
Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349 1

Dell Malaysia hari ini dilihat telah mengemaskini penawaran komputer riba gaming mampu-milik mereka, Dell G15 dengan cip pemprosesan Intel generasi ke-11 Tiger Lake-H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 dan GeForce RTX 3060.

Melalui laman web Dell Malaysia, mereka dilihat menawarkan enam model Dell G15 baru, dimana salah satunya dilihat hadir dengan label “Special Edition”. Dari segi spesifikasi asas, komputer riba ini dilengkapi dengan paparan skrin VA bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan juga kadar segar semula 120Hz.

Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349
Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349 7

Dari segi komponen dalaman, Dell G15 baru ini dimuatkan dengan penawaran CPU Intel Core i5-11400H dan Intel Core i7-11800H, memori DDR4 8GB ke 16GB dan juga pilihan storan 512GB sehingga 1TB bergantung kepada model yang dipilih.

Untuk kad grafik pula, model paling murah dalam siri ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 4GB, diikuti oleh NVIDIA GeForce RTX 3050 dan juga NVIDIA GeForce RTX 3060 untuk mereka yang mahu menggerakkan permainan-permainan komputer kegemaran pada tetapan grafik yang lebih tinggi.

Lima model komputer riba Dell G15 biasa ditawarkan, termasuklah satu model edisi terhad yang dinamakan Dell G15 Special Edition yang hadir dengan rekaan rangka belakang paparan berwarna hitam yang diperbuat daripada aluminum dan juga penaiktarafan paparan skrin kepada kadar segar semula 165Hz.

Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349 3
Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349 8

Spesifikasi dan penawaran harga komputer-komputer riba Dell G15 ini adalah seperti berikut:

  • Dell G15 (Intel Core i5-11400H, 8GB, 512GB, NVIDIA GeForce RTX 3050) – RM4349
  • Dell G15 (Intel Core i7-11800H, 8GB, 512GB, NVIDIA GeForce RTX 3050) – RM4849
  • Dell G15 (Intel Core i7-11800H, 16GB, 512GB, NVIDIA GeForce RTX 3050Ti) – RM5349
  • Dell G15 (Intel Core i7-11800H, 16GB, 1TB, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM6349
  • Dell G15 Special Edition (Intel Core i7-11800H, 16GB, 512GB, NVIDIA GeForce RTX 3060) – RM6549

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai komputer riba ini, anda boleh melihat konfigurasi yang ditawarkan melalui laman web Dell Malaysia.

Sumber: Nextrift

Dell G15 Dengan Kemaskini Intel Tiger Lake-H Dan NVIDIA GeForce RTX 3000 Kini Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM4349 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list