Infotainment

Didakwa Cuba Menjatuhkan Reputasi Sebuah Syarikat Perabot, Awal Ashaari Tampil Buka Mulut


Selepas didakwa telah menfitnah sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot tempatan, Naz Carpentry, pengacara terkemuka tanah air iaitu Awal Ashaari tampil buka mulut.

Menurut bapa kepada selebriti cilik Lara Alana itu, beliau mempunyai bukti yang bahawa syarikat berkenaan tidak memberi kerjasama yang baik. 

Malah dirinya juga akui banyak lagi perkara yang lebih baik yang boleh dilakukannya daripada menjatuhkan perniagaan pihak berkenaan.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Awal menerusi sebuah posting di Insta Story miliknya.

“Kau ambil wang aku, buat kerja ala kadar dan sekarang konon-konon nak jadi mangsa keadaan? Silap orang la bro.”

Dedahnya lagi, beliau juga turut mencabar pemilik tersebut untuk datang berjumpa dengannya.

“Aku cabar kau untuk datang jumpa aku, face to face macam masa korang tak sabar nak minta ratus ribu duit aku dulu. Bukan menyorok belakang bini kau, alih-alih lantik firma nak buat damage control. Aku takkan buang masa nak malukan kau kalau jumpa aku. Jawab email atau panggilan peguam aku.”

Katanya lagi, beliau sebelum ini juga pernah mempromosikan syarikat yang lain, namun segalanya dilihat sempurna tanpa sebarang masalah.

“Sebenarnya, aku banyak ja mempromosikan carpentry tempatan dan kontraktor atau pereka dalaman yang buat kerja ikhlas, bertanggungjawab dan ada integriti. Takyah la nak turn the table around, cakap aku pulak yang fitnah syarikat kau. Please la.”

Untuk rekod, menurut laporan Gempak, beberapa buah portal melaporkan pengasas Naz Carpentry iaitu Azrianna Alyssa sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa suami kepada aktres Scha Alyahya ini seakan berniat jahat dan mahu merosakkan imej, jenama serta reputasi syarikatnya.

Sumber: Gempak



Written by Ridhwan Razak


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo