Infotainment

Didakwa Kurang Siuman Dan Suka Pukul Rambang, Lelaki Ini Cetus Kerisauan Netizen

Didakwa Kurang Siuman Dan Suka Pukul Rambang, Lelaki Ini Cetus Kerisauan Netizen 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Insiden orang kurang siuman mengganggu ketenteraman orang awam dengan memukul pejalan kaki secara rambang bukanlah satu perkara yang asing di negara ini.

Pada hari semalam seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah video pendek berdurasi 20-saat di mana ada seorang lelaki didakwa kurang siuman telah memukul orang awam secara rambang di Aeon Tebrau City, Johor Bahru.

Sebelum kejadian tersebut dirakam, lelaki itu terlebih dahulu telah menumbuk pada bahagian muka mangsa pertama secara tiba-tiba. Menurut mangsa, dia dalam perjalanan untuk menghadiri sesi temu duga pada pukul 3.00 petang.

Mangsa tidak mengalami kecederaan serius kerana sempat mengelak semasa ditumbuk lelaki itu dan pipi mangsa cuma terasa sakit sedikit, namun tiada kesan lebam atau berdarah pada bahagian pipinya.

Ciapan tersebut telah meraih perhatian ramai yang cukup bimbang tentang keselamatan mereka dan pada masa yang sama ada yang mendakwa pernah ternampak lelaki ini ditempat lain, lebih malang sekali ada juga turut pernah menjadi mangsa ‘tumbukan rambang’ lelaki tersebut.

Menurut salah seorang mangsa lain, dia meminta orang ramai yang pernah dipukul oleh lelaki kurang siuman itu untuk membuat laporan polis bagi mempercepatkan pihak berwajib mengendalikan kes tersebut.

Tambahnya lagi, pegawai polis ada menyatakan lebih banyak laporan diterima, lebih cepat operasi untuk mencari dan menangkap lelaki tersebut, kemudian lelaki itu sama ada akan dibawa ke balai polis atau hospital (jika mempunyai penyakit mental).

Pada masa yang sama orang ramai saling mengingati antara satu sama lain agar sentiasa berhati-hati serta berwaspada sekiranya terjumpa individu seperti terbabit.

Minah Saleh yang membuat kekecohan di KLCC sekali lagi ditemui enggan memakai pelitup muka semasa berada di BSC. Hal ini turut diambil maklum oleh Khairy Jamaluddin. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Selepas Butik Dior, Minah Saleh Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC

Minah Saleh Ini Berang Kerana Dihalang Masuk Butik Mewah Tanpa Pelitup Muka Di KLCC

Dikecam Kerana Rampas ‘Parking’, Pemandu Nissan Kicks Kongsi Kisah Sebenar


Didakwa Kurang Siuman Dan Suka Pukul Rambang, Lelaki Ini Cetus Kerisauan Netizen 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo