Infotainment

Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Selebriti Terkenal

Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Selebriti Terkenal
Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Selebriti Terkenal 1

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di di Genting Highlands yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB) memaparkan perkahwinan pasangan itu.

Menurut laporan Utusan, hasil siasatan pihak polis mendapati majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu. Terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Majlis kahwin

Keadaan itu dilihat melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu.

Tambah Zaiham, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu.

Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Majlis kahwin

Menurutnya lagi, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Omicron varian baru


42 minit lalu

Varian Baru COVID-19 Omicron, Dua Kes Direkodkan Di Pulau Pinang


Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Selebriti Terkenal 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list