Infotainment

Didakwa Ugut Mahu Sebar Gambar Aib, Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis

Didakwa Ugut Mahu Sebar Gambar Aib, Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis

Didakwa Ugut Mahu Sebar Gambar Aib, Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis 1

June 7th, 2021 | by Shira

Kini Trending

Didakwa Ugut Mahu Sebar Gambar Aib, Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis 2

Beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai kenyataan selebriti terkenal iaitu Zarina Anjoulie yang mendakwa bekas suaminya, Eilyas Azhar telah mengugut untuk menyebar gambar aibnya.

Artikel Berkaitan: ‘Panjat Rumah Nak Ambil Gambar Aib Aku’ – Anju Dakwa Bekas Suami Minta RM10k Untuk Lafaz Cerai, Pernah Dicekik

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Lelaki Asyik Ugut Nak Cerai, Pergilah.. Aku Ada Maruah’ – Zarina Anjoulie

Artikel Berkaitan: ‘Aku Dah Banyak Bagi Muka Sampai…’ – Bekas Suami Jawab Isu Zarina Anjoulie Minta Beg

Terbaru, Sinar Harian melaporan, lelaki terbabit sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Didakwa Ugut Mahu Sebar Gambar Aib, Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis 4

Berdasarkan perkongsian Zarina di Instagram, dia mendakwa bekas suaminya itu telah memanjat pagar rumahnya untuk merakam gambar dan video aibnya. Tidak terhenti di situ, lelaki terbabit dipercayai menggunakan gambar dan video tersebut untuk dijadikan sebagai bahan ‘ugutan’.

Berikutan daripada itu, Zarina telah tampil membuat laporan di balai polis. Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, pihak polis telah menahan Eilyas Azhar pada hari Ahad lalu. Namun, dia telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Pelakon itu mendakwa terima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial. Sehubungan itu pada semalam (Ahad), suspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Difahamkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat.

Sumber: Sinar Harian


Didakwa Ugut Mahu Sebar Gambar Aib, Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis 6

The following two tabs change content below.



Didakwa Ugut Mahu Sebar Gambar Aib, Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Polis 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo