Infotainment

Dikecam Pura-Pura Cacat Untuk Dapat Parkir, Ini Penjelasan Daripada ‘Lelaki OKU’ Tersebut

Dikecam Pura-Pura Cacat Untuk Dapat Parkir, Ini Penjelasan Daripada ‘Lelaki OKU’ Tersebut
Dikecam Pura-Pura Cacat Untuk Dapat Parkir, Ini Penjelasan Daripada 'Lelaki OKU' Tersebut 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Kehadiran seorang lelaki ke Kuala Lumpur bersama-sama rakannya telah menjadi bualan netizen apabila mereka memuat naik video ‘menyalahgunakan’ tempat letak kereta orang kurang upaya (OKU).

Video asal berdurasi 38 saat yang dimuat naik semula di oleh pengguna Twitter itu menunjukkan lelaki tersebut memberitahu bahawa dia dan rakan-rakannya sukar untuk mendapatkan tempat meletak kereta kerana pengunjung terlalu ramai.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, rakannya yang turut menaiki kenderaan sama telah mencadangkannya untuk meletakkan kenderaan di petak khas untuk OKU dan salah seorang daripada mereka perlu berlakon menjadi OKU.

“Aku ada dekat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Lepas itu, kawan cakap kalau nak dapat parking ada satu cara.

“Betul-betul dapat parkinglah, tapi cara dia pelik sikitlah. Betul-betul dia jadi cacat, ini kalau kantoi dengan pak guard ni memang mati. Tapi, betul-betul dapat parking,” katanya.

Selepas menghabiskan dialog tersebut, lelaki itu merakam aksi rakannya berjalan seperti orang OKU sebagaimana yang ‘ditugaskan’ oleh rakan mereka yang lain untuk meletakkan kenderan mereka pada tempat letak kereta khas untuk OKU.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakkan mereka kerana bersikap tidak bertanggungjawab serta menyusahkan pengguna OKU yang betul-betul memerlukan tempat letak kereta tersebut. Hantaran video asal telah pun diturunkan daripada platform TikTok.

@riderviral

ni hanyalah sebuah content dah ini untuk menerangkan kepada org ramai diluar sana jangan amek kesempatan pada org org oku ni . #fyp #fypp #fyppp #fypage #foryp #fyoup #foryoupage #tiktok #tiktokmalaysia #malaysia #kualalumpur #xyzbca #fypberanda #dakajim #daksengau #celahbedah

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Menerusi perkongsian video TikTok terbaharu lelaki yang ‘menyamar’ sebagai OKU itu, mereka hanya merakam video tersebut sebagai konten TikTok sahaja. Tambah lelaki itu lagi, video tersebut membawakan mesej kepada orang ramai di luar sana agar tidak mengambil apa-apa kesempatan terhadap pihak OKU.

Bagi orang ramai yang sudah lama mengikut akaun TikTok kedua-dua lelaki terbabit, mereka menyatakan para netizen mengecam mereka berdua kerana masih ‘tidak kenal’ lagi jenis konten ‘bersifat realiti kehidupan’ yang sering diketengahkan oleh kedua-dua lelaki terbabit.

Remaja ini mendakwa dia telah tertipu selepas terpaksa melakonkan babak gay yang langsung tidak dimaklumkan oleh pengarah. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Tidak Tahu Kerana Tiada Dalam Kontrak’- Pelakon Drama Gay Ini Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Netizen Geleng Kepala Lihat Orang Dewasa Berebut Hot Wheels Di Toys “R” Us

Orang Ramai Geli Hati Pencuri Rupanya ‘Rembat’ Paket Milo Berisi Pasir


Dikecam Pura-Pura Cacat Untuk Dapat Parkir, Ini Penjelasan Daripada 'Lelaki OKU' Tersebut 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list