Infotainment

Dipulau Kerana Berbeza Fahaman Politik, Ellie Suriaty Dedah Mamat Khalid Beri Peluang Untuknya Kembali Berlakon

Dipulau Kerana Berbeza Fahaman Politik, Ellie Suriaty Dedah Mamat Khalid Beri Peluang Untuknya Kembali Berlakon 1

Pelakon dan juga pengarah, Ellie Suriaty meluahkan rasa terkilan kerana tidak berpeluang untuk menziarahi Allahyarham Mamat Khalid sebagai penghormatan untuk terakhir kalinya.

Ellie Suriaty Azri Iskandar

Ellie yang dihubungi media berkata, arwah Mamat Khalid mempunyai persepsi yang berbeza terhadap diirnya di kala dia dipulau rakan-rakan industri kerana memiliki fahaman politik yang berbeza.

Ketika zaman Pakatan Harapan memerintah saya adalah pembangkang tegar. Saya dipulaukan kerana lantang membidas dasar kerajaan, pada ketika itu la. Tapi Mamat Khalid merupakan pengarah pertama yang berani ambil saya tanpa ada diskriminasi.

Terdahulu, Ellie telah menjadi mangsa kecaman hebat warga maya apabila dia dilihat lantang menyokong bekas Perdana Menteri, Najib Abdul Razak yang pada ketika itu sedang berdepan dengan tuduhan di mahkamah berhubung salah guna kuasa dan pecah amanah.

Sehubungan dengan itu, Ellie difahamkan telah berdepan kehilangan kerja dan tidak ditawarkan sebarang watak dalam bidang lakonan selama lebih 22 bulan.

Saya kembali ke industri hanya dengan jasa Mamat Khalid. Dia tak pernah tanya kenapa saya begini dan begitu. Dia hargai saya sebagai anak seni pengkarya. Sudah pasti sikap dia yang sebegitu memberi satu kelegaan yang sangat luar biasa..

Dia dalam pada itu turut kecewa kerana tidak dapat menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Mamat Khalid berikutan tidak mempunyai sijil digital vaksinasi.

Ellie Suriaty

Terdahulu, arwah Mamat Khalid dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Slim River, Perak.

Arwah difahamkan jatuh pengsan secara tiba-tiba di restoran miliknya, Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak sebelum disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah malam, Ahad.

Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh Perak, kira-kira jam 2.20 petang hari yang sama.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


Dipulau Kerana Berbeza Fahaman Politik, Ellie Suriaty Dedah Mamat Khalid Beri Peluang Untuknya Kembali Berlakon 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo