Infotainment

Dira Abu Zahar Akui Takut Dikecam Selepas Dapat Gelaran Datuk


Dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk awal bulan lalu, pelakon Datuk Dira Abu Zahar menganggap ia merupakan satu amanah besar yang perlu dipikulnya dengan sebaiknya.

Memuat naik luahan di Instagram, Dira akui pada awalnya bimbang untuk kongsikan berita gembira itu kerana takut dikecam, namun pelakon itu berkata dia percaya rezeki itu adalah tanggungjawab dan kurniaan dari Allah.

BACA: Dira Abu Zahar Terima Gelaran Datuk

“Lama fikir nak up (muat naik foto) ke tak, sebab takut kene kecam dengan netizen. Tapi bila fikir balik, kita buat je kerana tu semua gerak dari Allah SWT juga. Hanya mampu ucap terima kasih, syukur,” katanya.

“Penghargaan ni datang bukan untuk suka-suka. Ia datang bersama dengan tanggungjawab dan amanah. Insya-Allah. Saya buat sehabis sedaya mungkin. Saya masih manusia biasa, yang masih ada kurang dan lemahnya,” katanya.

Turut memuat naik foto di majlis penganugerahan itu bersama suami, Dira yang juga anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin turut mengucapkan terima kasih atas semua sokongan.

“Terima kasih suami, mak, anak-anak, adik beradik, dan keluarga serta sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan, dan menyokong dari dekat atau jauh

“Terima kasih juga pada tukang buat baju dan tukang make up kita hari tu.. Semua pun kalut tolong sama-sama nak hiaskan kita sebab kalau ikut hati, baju kurung cotton pun boleh je,” tulisnya.





Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo