Infotainment

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali 1

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali 2

Baru-baru ini, pemenang Artis Baharu Lelaki Popular, Chubb-E telah disamakan dengan tukang cuci oleh pengacara sensasi, Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA dalam kalangan peminat.

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali 3Meskipun begitu, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul AG Ashrul Affandy,21, mengakui tidak berasa hati kerana sedar dirinya baru sahaja dikenali meskipun sudah hampir tujuh tahun berada dalam industri seni.

Chubb-E berkata lagi, dia sedar ramai yang tampil mempertahankan dirinya dan merasakan apa yang dikatakan Diva AA itu sebagai keterlaluan namun dia tidak mengambil serius mengenai perkara itu.

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali 4

“Jujur memang saya tak terasa hati langsung dan tak ambil serius walaupun ramai yang kata dia tidak sepatutnya kata macam tu pada saya. Saya dan keluarga hormat beliau kerana dia orang lama dalam industri dan jauh berpengalaman serta hebat. Jadi logiklah kalau dia tak kenal saya. Mungkin bila timbul isu macam ni, ia akan jadi salah saatu jalan untuk saya kena dia dengan lebih rapat lagi.”

Mengimbas kembali, Azwan Ali menerusi ruangan Twitter miliknya bertanyakan kepada peminat siapakah gerangan artis yang memenangi trofi Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 baru-baru ini. Dia malah menyamakan penampilan dan wajah Chubb-E seperti seorang tukang cuci.

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali 5

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali 6Hanya menganggap sebagai lumrah sebagai seorang anak seni, Chubb-E tidak mahu ambil peduli dengan kecaman seperti itu namun bukan beerti dirinya sombong.

Asalkan tidak menjejaskan rezeki dan peminat masih lagi berpaling kepadanya, bekas peserta program Dansa Dan Sing ini mengakui pintu rezekinya semakin meriah dan perjalanan kariernya semakin mendapat sambutan, tidak seperti dulu.

Sumber : mStar Online



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Terasa Hati Dengan Azwan Ali 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo