Berita

Disko operasi lebih masa diserbu, 83 ditahan


Kuala Lumpur: Sebuah pusat hiburan yang dikesan sering beroperasi sehingga jam 2 pagi setiap hari semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) digempur awal pagi semalam.

Seramai 72 pelanggan dan 11 pekerja ditahan dalam serbuan jam 1.15 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, bersama Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, serbuan dibuat selepas maklumat perisikan mendapati pusat hiburan itu sering beroperasi lebih masa sejak sekian lama.

“Premis hiburan yang didirikan dalam bangunan kedai dua tingkat di kawasan komersial ini dipercayai menjadi tumpuan penduduk dari Sabah dan Sarawak untuk berhibur.

“Berdasarkan maklumat perisikan kita dapati kebanyakan pelanggan di sini menggunakan khidmat kereta e-hailing untuk datang dan pulang dari berhibur bagi mengelakkan pihak polis mengesan kenderaan yang diparkir sekaligus menandakan adanya aktiviti hiburan hingga lewat pagi,” katanya kepada BH hari ini.

Razali berkata, pihaknya turut menjalankan ujian air kencing dan pemeriksaan rekod jenayah lampau namun tiada antara mereka dikesan positif dadah selain tidak terbabit dalam mana-mana kegiatan jenayah.

“Bagaimanapun pihak polis menahan semua pengunjung terdiri daripada 53 lelaki dan 19 wanita berusia antara 18 hingga 37 tahun dan membawa mereka ke Balai Polis Puchong Jaya.

“Turut ditahan tujuh lelaki dan empat wanita yang juga pekerja pusat hiburan berkenaan,” katanya.

Katanya, semua 83 yang ditahan dikenakan kompaun RM1,000 setiap orang di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Dalam operasi itu pihak polis turut merampas dua set pembesar suara, satu mixer, salinan lesen perniagaan pusat hiburan (PUB), enam keping resit jualan, menu minuman keras dan wang tunai RM2,644.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19



  • Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo