Infotainment

Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita ‘Ajaib’ Kongsi Detik Kepala Hampir Putus

Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita ‘Ajaib’ Kongsi Detik Kepala Hampir Putus

Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita 'Ajaib' Kongsi Detik Kepala Hampir Putus 1

Kini Trending

Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita 'Ajaib' Kongsi Detik Kepala Hampir Putus 2

Foto: Youtube

Malang tidak berbau! Itulah perumpamaan yang sangat sesuai menggambarkan detik cemas yang dilalui seorang wanita berusia 27 tahun ini apabila dia telah diculik di hadapan rumahnya oleh individu tidak dikenali. Lebih mengejutkan apabila, wanita ini kemudian dirogol dan diseksa dengan begitu kejam sehingga kepalanya hampir terputus. Meskipun begitu, dia diberi ‘keajaiban’ dan peluang untuk terus hidup.

Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita 'Ajaib' Kongsi Detik Kepala Hampir Putus 4

Foto: Daily Star

Kisah ini berlaku pada 18 Disember 1984 iaitu semasa Alison Botha dalam perjalanan pulang ke rumah selepas dia keluar bersama rakan-rakannya. Ketika baru sahaja keluar dari kereta untuk menuju ke apartmentnya, secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjatakan pisau telah menyerbu keretanya. Tidak terhenti di situ, lelaki terbabit duduk di bahagian pemandu dan memaksa Alison duduk di bahagian penumpang.

Suspek, Frans Du Toit kemudian menjemput rakan sejenayahnya, Theuns Kruger sebelum membawa Alison ke satu kawasan yang jauh dari bandar. Setibanya di sana, mereka mulakan agenda jahat dengan merogol Alison. Lebih kejam apabila mereka kemudian mengelar leher wanita ini sehingga kepalanya hampir terputus.

Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita 'Ajaib' Kongsi Detik Kepala Hampir Putus 6

Foto: Daily Star

Namun, wanita ini masih mampu bertahan. Kedua-dua suspek ini sekali lagi cuba membunuh Alison dengan cara melemaskannya. Meskipun begitu, usaha mereka masih gagal dan Alison kembali sedar setelah dia jatuh pengsan. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan kedua-dua suspek semakin ‘berang’ dan mereka mula mencari cara yang lebih kejam untuk mengakhiri hidup mangsa.

Alison kemudian ditikam sebanyak 30 kali di bahagian perutnya tetapi wanita ini bernasib baik kerana tikaman tersebut tidak terkena pada bahagian organ peranakan. Mereka kemudian memutuskan untuk meninggalkan Alison namun pada waktu itu kaki Alison mula kejang dan ianya secara tidak langsung membuatkan kedua-dua suspek ingin menyeksanya lagi. Mereka bertindak mengelar leher Alison sebanyak 16 kali.

Saya hanya dapat lihat tangan yang bergerak di atas wajah saya. Dia berkali-kali mengelar leher saya dengan pisau. Saya juga terdengar seperti suara basah iaitu bunyi daging yang dibelah. Kejadian tersebut seperti sedang bermimpi tetapi sebenarnya tidak. Saya tidak merasa sakit, tapi itu bukan mimpi. Ianya benar-benar terjadi.

Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita 'Ajaib' Kongsi Detik Kepala Hampir Putus 8

Foto: Daily Star

Selepas melihat keadaan Alison, mereka mula berasa lega kerana mereka percaya wanita itu akan mati tetapi mereka salah. Alison masih hidup. Sebelum menyelamatkan diri, Alison sempat menulis nama kedua-dua suspek di atas pasir. Alison yang berada dalam keadaan lemah telah menahan ususnya daripada terkeluar sambil berjalan menuju ke jalan raya.

Mujurlah ketika itu ada seorang pelajar veterinar, Tiaan Eilerd Tern terlihat Alison terbaring di atas jalan raya. Dengan ilmu veterinar yang dipelajari, pelajar terbabit berjaya memasukkan semula tiroid Alison sebelum menghubungi ambulans. Berikutan daripada itu, Alison telah berjaya menjalani pembedahan.

Jelas Alison, meskipun insiden itu sudah lama berlaku tetapi detik hitam itu masih segar dalam ingatannya. Difahamkan, kedua-dua suspek telah berdepan lapan tuduhan termasuk menculik, merogol dan cubaan bunuh serta dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Ogos 1995 lalu.

Sumber: Daily Star


Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita 'Ajaib' Kongsi Detik Kepala Hampir Putus 10



Ditikam 30 Kali Sampai Usus Terkeluar & Leher Dikelar 16 Kali, Wanita 'Ajaib' Kongsi Detik Kepala Hampir Putus 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo