Infotainment

Dituduh ‘Penunggang Agama’ Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar

Dituduh 'Penunggang Agama' Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar 2

Isu & Kontroversi

Dituduh 'Penunggang Agama' Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar 3

Sebelum ini, difahamkan Ustazah Asma Harun mengeluarkan pendapatnya susulan satu produk ‘Muslim Friendly’ yang dipasarkan oleh seorang pengacara terkenal. Malah, disebabkan beberapa tajuk penulisan berita yang telah menjadi tumpuan ramai, penceramah bebas itu turut mendapat tempias sebagai ‘penunggang agama’.

Ustazah Asma Harun menerusi satu kenyataan di laman Facebook tampil memberi respon dan menjelaskan perkara sebenar. Tambahan, dia turut menafikan segala dakwaan menyokong usahawan dan pengacara berkenaan.

Dituduh 'Penunggang Agama' Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar 4

Menyedari dirinya dikecam dan dihentam oleh netizen, Ustazah Asma Harun dedah perkara sebenar mengenai jawapan yang diberikan kepada wartawan. Bukan itu saja, dia turut membawa beberapa komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen dengan melemparkan dakwaan Ustazah Asma Harun terima duit haram dan telah dibayar pihak tertentu dalam memberi respon sebelum ini.

Semalam dalam satu majlis, saya ditanya dan menjawab secara spontan dan santai soalan wartawan yang hadir. Pihak wartawan seperti biasa pasti akan menuliskan mengikut selera mereka bagi tujuan menarik perhatian dengan tajuk yang kontroversi, sedangkan saya lebih suka fokuskan isu yang lain, berkaitan amanah sebagai seorang yang dikenali.

Saya kemudian ada membaca tulisan dan komen netizen, termasuk cacian dan hinaan. Mengatakan saya makan duit haram, disuap, dibayar, diberi percuma, dipergunakan dan lain-lain. Pelbagai ayat sinis dan berbaur fitnah. Saya juga bukanlah kawan baik atau rapat beliau, tak pernah jumpa bersemuka, hanya berhubung beberapa kali atas urusan rasmi. Saya juga bukan penggemar selipar ini, kerana memang selesa berkasut.

Untuk makluman, hingga kini saya sendiri tidak pernah menerima apa jua tawaran untuk menjadi duta produk atau perkhidmatan, jurucakap, juru backup, paid review, khidmat nasihat dan lain-lain yang melibatkan bayaran.

Dituduh 'Penunggang Agama' Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar 5

Ustazah Asma turut menafikan tidak menerima sebarang tawaran berbentuk wang mahupun perkhidmatan sebarang promosi atau sebagainya. Selain itu, pendakwah bebas ini turut menasihati orang ramai untuk berhenti mengeluarkan tuduhan ataupun dakwaan tidak berasas terhadap dirinya.

Permintaan sebegini begitu banyak tak henti hingga kini dan melibatkan nilai yang tinggi. Kenapa? demi menjaga dan menjauhi fitnah kepada agama, kami pegang kuat prinsip ini. Walaupun kadang ia datang disaat kami memerlukan bagi menanggung kos operasi. Begitupun, saya masih digelar penunggang agama.

Saya mohon hentikan perbuatan ini bukan kerana diri saya, saya dah biasa dimaki dihina begini, tapi saya kasihan dengan jari jemari yang menulis dan memberi comment yang mengikut hawa nafsu. Bayangkan keadaan menyedihkan begini, berlaku saban hari di bulan mulia. Tinggal 2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan yang penuh barakah. Adakah kita nak masuk Ramadan dalam keadaan begini?

Dituduh 'Penunggang Agama' Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar 3

Sementara itu, menerusi posting yang dikongsikan oleh Bonda Nor sebagai saksi ketika rakan media menemu ramah Ustazah Asma di dalam pejabatnya. Berdasarkan pemerhatiannya, ustazah dilihat diasak untuk memberi respon berhubung keluaran produk selipar ‘Muslim Friendly’ itu. Namun bagaimanapun, ustazah kelihatan cuba untuk memberi responnya juga dengan secara berhati-hati.

Sebenarnya semalam, usai Majlis Pelancaran SEMARAK RAMADAN @ ANJUNG BONDA NOR, ustazah sudah masuk ke pejabatnya untuk berehat seketika sebelum fly ke Kuala Terengganu. Saya menjenguk masuk untuk mengajaknya makan. Melihat saya masuk, beberapa orang wartawan juga menerjah masuk untuk menanyakan ustazah beberapa soalan dalam keadaan ustazah sebenarnya tidak bersedia.

Namun kelam kabut ustazah minta on air-cond untuk tetap meraikan mereka. Ya, saya ada menemani ustazah ketika itu. Dan ini persaksian saya.

Apabila ditanyakan isu kontroversi tentang selipar jualan Neelofa yang claim sebagai Muslim Friendly, saya lihat sendiri betapa ustazah keberatan untuk menjawab isu ini.

“Haaa, saya tak nak ulas isu ini, nanti awak semua spin jawapan saya!” balas ustazah, sudah menjangkakan risikonya. Tapi para wartawan tetap mendesak. Dan saya masih ingat ustazah mengingatkan para wartawan yang kita sudah terlalu hampir dengan Ramadan. Janganlah timbulkan isu-isu kontroversi seperti ini, bimbang masyarakat akan memasuki Ramadan dalam keadaan permusuhan atau kebencian.

“Muslimah friendly. Selipar tu dipanggil macam tu mungkin sebab mudah bagi muslimah yang berstoking untuk sarung macam tu saja. Tak terkepit stokingnya.” Namun begitulah, apabila isu selipar yang Neelofa jual sedang hangat dipersoalkan masyarakat kerana dituduh menunggang agama dan ustazah pula mengatakan yang beliau rasa isu selipar itu biasa saja, maka apa yang kita boleh jangkakan daripada netizen jika tajuk seperti ini yang ditulis oleh wartawan?

Allahu Rabbi. Beribu-ribu patah kata nasihat yang ustazah berikan semalam, tapi isu kontroversi ini pula yang diangkat sebagai tajuk utama hingga menyebabkan ramai yang salah sangka. Sebagai saksi yang berada di situ, sekali lagi saya katakan bahawa memang Ustazah Asma Harun sudah cuba mengelak untuk menjawab persoalan ini.

Namun apabila terpaksa juga menjawabnya, ustazah sangat bijak memberikan pendapatnya, TIDAK MEMBELA dan TIDAK MENCELA.

Sumber: Ustazah Asma Harun, Bonda Nor


Dituduh 'Penunggang Agama' Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar 7



Dituduh 'Penunggang Agama' Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo