Infotainment

Dituduh Pinjam Duit Sana Sini, Ara Johari Minta Penghutang Tampil Bersemuka Supaya Dapat Langsai Pinjaman

Dituduh Pinjam Duit Sana Sini, Ara Johari Minta Penghutang Tampil Bersemuka Supaya Dapat Langsai Pinjaman 1

Dituduh Pinjam Duit Sana Sini, Ara Johari Minta Penghutang Tampil Bersemuka Supaya Dapat Langsai Pinjaman 2

Penyanyi Ara Johari meminta sesiapa yang pernah memberi pinjaman wang kepadanya untuk tampil bersemuka supaya dia dapat melangsaikan hutang, jika ada.

Dituduh Pinjam Duit Sana Sini, Ara Johari Minta Penghutang Tampil Bersemuka Supaya Dapat Langsai Pinjaman 3Ini berikutan apabila ada desas desus mengatakan yang Ara gemar meminjam wang daripada ramai orang.

Tampil menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan itu, Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari mengakui berasa tertekan apabila timbul cerita mengarut seperti itu.

Dituduh Pinjam Duit Sana Sini, Ara Johari Minta Penghutang Tampil Bersemuka Supaya Dapat Langsai Pinjaman 4

“Kalau saya ada berhutang dengan sesiapa ke atau saya ada terpinjam seringgit dua ringgit ke, boleh tak DM saya terus. Sebab saya tak suka bila orang buat cerita mengarut. Kawan-kawan pun tak boleh nak percaya sekarang ni..”

Dia dilihat telah memuat naik pesanan khas tersebut menerusi Instagram Story miliknya, kelmarin. Tambah penyanyi lagu Paku itu lagi, dia tidak senang apabila namanya dicanang melakukan perkara seperti itu kerana merasakan dia sama sekali tidak pernah berhutang dengan sesiapa.

Ara turut memberi peringatan kepada individu di luar sana supaya tidak membuat cerita yang tidak benar tanpa bukti yang kukuh sehingga mencemarkan namanya di industri seni.



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Dituduh Pinjam Duit Sana Sini, Ara Johari Minta Penghutang Tampil Bersemuka Supaya Dapat Langsai Pinjaman 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo