Berita

Dolly Parton sumbang RM4.1 juta untuk penyelidikan vaksin Covid-19

Dolly Parton sumbang RM4.1 juta untuk penyelidikan vaksin Covid-19 1

Dolly Parton sumbang RM4.1 juta untuk penyelidikan vaksin Covid-19 2

New York: Penghibur terkenal, Dolly Parton, 74, menyumbangkan AS1 juta (RM4.1 juta) untuk dana penyelidikan vaksin Covid-19 di Amerika Syarikat.

Dolly ketika muncul di NBC’s Today Show berkata, sekarang adalah masa paling baik untuk dia membuat sumbangan bagi penyelidikan vaksin itu.

“Inilah masanya kerana kita semua sangat memerlukannya (vaksin). Jadi, ia bukan saja membuka hati, tapi saya hulurkan tangan untuk membantu. Ia menjadi sebahagian daripada usaha saya menolong pihak berkaitan menjalankan penyelidikan vaksin mereka. Saya yakin sumbangan dana itu sangat membantu untuk menyelesaikan penyelidikan yang dibuat bagi memberi manfaat kepada berjuta-juta orang dalam pertempuran dengan virus ini,” katanya.

Terdahulu, Dolly mengumumkan wang dana itu sudah disumbangkan ke Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville yang terbabit dengan penyelidikan vaksin Covid-19.

Sumbangan dana daripada Dolly itu mendapat perhatian Presiden merangkap Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Vanderbilt, Jeff Balser yang menyifatkan kemurahan hati luar biasa penyanyi itu adalah sumber inspirasi.

“Dia sangat peduli untuk menolong orang lain dan kami amat berterima kasih di atas sokongannya yang berterusan. Sumbangan itu akan membantu kami menyelesaikan penyelidikan yang dibuat,” katanya. 

Sumbangan dana Dolly untuk penyelidikan vaksin Covid-19 itu sudah disenaraikan di antara pemberi dana yang terawal dalam laporan mengenai vaksin dikenali Moderna yang diterbitkan New England Journal of Medicine.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Dolly Parton sumbang RM4.1 juta untuk penyelidikan vaksin Covid-19 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo