Infotainment

‘Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama’

‘Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama’
'Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama' 1

Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain badminton negara dan atlet terkenal dunia Lee Chong Wei baru-baru ini menarik perhatian apabila beliau memuat naik foto bersama penyanyi dan artis terkenal K-pop, Jackson Wang berasal dari Hong Kong.

Artikel Berkaitan:

Menerusi perkongsian foto di akaun rasmi media sosial milik Lee Chong Wei, beliau mendedahkan Jackson adalah bekas atlet olimpik dunia sepertinya tetapi berlainan sukan.

Selain itu, Lee Chong Wei turut mengalu-alukan kedatangan Jackson Wang bersempena Konsert Jackson Wang Magic Man di Malaysia pada 17 Disember lalu bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

“Anda semua tidak akan dapat bayangkan sorakan gemuruh semasa konsertnya malam tadi! Malah, Kingston & Terrance (anak lelakinya) cemburu dengan saya kerana sempat mengambil gambar ini,” ujar beliau di kapsyen foto tersebut.

“Selamat datang ke Malaysia, Jackson Wang. Kisah kehidupan anda adalah sebuah inspirasi buat saya,” tambahnya lagi.

Perkongsian tersebut telah meraih lebih daripada 140k tanda suka di Instagram. Rata-rata netizen suka dengan pertemuan kedua atlet terkenal di dunia itu.

Difahamkan, sebelum Jackson Wang menjadi penyanyi kumpulan K-pop terkenal di Korea Selatan iaitu GOT7, dia pernah menyertai Olimpik di usia yang muda.

Menurut sumber, dia berminat dengan sukan lawan pedang (fencing) pada usia 16 tahun, malah sudah bertanding di peringkat Olimpik ketika itu.

'Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama' 3

Bukan itu sahaja, kedua-dua ibu bapa Jackson adalah atlet, iaitu bapanya bekas pemenang pingat emas manakala ibunya bekas ahli gimnastik. Jadi, Jackson terdedah kepada sukan dan menyertai pertandingan sejak usia muda lagi. Bahkan, dia mengembara seluruh dunia untuk bersaing dalam kejohanan Olimpik.

Walau bagaimanapun, Jackson memutuskan untuk mengambil jalan yang berbeza dan mengejar impiannya untuk menjadi seorang penyanyi.

Dia juga menolak biasiswa sukan dari Universiti Stanford semasa bersiap sedia untuk Sukan Olimpik London 2012 untuk berpindah ke Korea Selatan dan mengejar impiannya.

'Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama' 4

Segelintir netizen tidak setuju dengan keputusannya ketika itu, malah ibu dan bapanya juga tidak pasti dengan keputusan anak mereka. Tetapi artis berusia 28 tahun itu tidak pernah sesekali menyesal dengan keputusannya untuk meninggalkan Olimpik dan mencapai cita-citanya menjadi penyanyi K-pop di satu syarikat rakaman yang terkenal di Korea Selatan iaitu JYP Entertainment.

Pada 2014, mereka diumumkan debut sebagai sebuah kumpulan, malah pada Januari 2021, GOT7 diumumkan keluar secara rasmi daripada agensi JYP Entertainment selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka.

'Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama' 5

Bagaimanapun, kumpulan tersebut masih aktif dalam dunia nyanyian dan berpindah ke kerjaya solo masing-masing. Sementara itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak berpecah sebagai sebuah kumpulan dan masih bersama selamanya.


'Dua Bekas Atlet Olimpik Bersama' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo