Infotainment

Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Puteri Sarah Akui Rindu Suami

Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Puteri Sarah Akui Rindu Suami 1

Rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali menjadi bualan ramai apabila pengarah itu mendedahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.

Meminta peminat mendoakan agar perkahwinan yang dibina sejak enam tahun lalu terus berkekalan, Puteri Sarah akui rasa cinta terhadap suaminya tidak pernah pudar, malah sepanjang dua bulan tidak bersama rasa rindu.

BACA: “Syamsul Tahu Sebab Apa Saya Keluar Rumah”

“Dua bulan tidak sebumbung, memang ada rasa rindu. Saya masih sayangkan dia, tapi dalam situasi sekarang kami perlu perbaiki keadaan dan diri masing-masing dulu. Orang selalu cakap, lima tahun pertama perkahwinan memang akan ada masalah. Jadi, mungkin sekarang ini kami sedang melalui fasa itu dengan ujian yang datang.

“Dalam masa sama, sepanjang tempoh ini juga biarlah kami nak muhasabah diri masing-masing. Ramai cakap saya bodoh keluar rumah. Tapi, mereka tidak tahu saya dijemput mentua.

“Malah, saya keluar secara baik dan minta izin suami. Kenapa saya buat begini? Ini kerana kami perlukan ruang untuk menyelesaikan masalah yang saya anggap besar. Jika terus dibiarkan, ia pasti melarat,” katanya.

Sarah yang kini tinggal bersama keluarga mentuanya berkata sepanjang tempoh dua bulan itu diambil untuk menenangkan diri supaya lebih istiqamah dan sabar. Malah, Sarah berkata dia sibukkan diri dengan berlakon dan perniagaan.

“Setiap malam saya buat solat tahajud dan minta doa untuk perhubungan lebih baik serta memohon diberikan jawapan kepada semua pemasalahan. Malah, saya sibukkan diri dengan terbabit dengan penggambaran telefilem dan drama. Selain itu, saya mengembangkan lagi perniagaan.

“Masyarakat terutama warganet tidak tahu apa saya lalui, jadi mereka boleh cakap apa saja. Bagi saya, setiap orang melalui situasi berbeza.

“Jangan salahkan Syamsul saja, kerana antara kami masing-masing ada masalah. Sebaiknya doakan kami untuk lalui semua ini. Apa pun yang berlaku, saya tetap berada di belakang suami walaupun ada cubaan mengganggu. Ini kerana saya tahu cinta sesama kami masih utuh,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah menyifatkan dirinya sangat bertuah kerana dikurniakan keluarga serta ibu bapa mentua yang baik yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

“Mentua saya terlalu baik. Mereka sangat memahami dan sentiasa memberikan kata-kata semangat. Saya tidak tahu macam mana nak gambarkan lagi kebaikan mereka. Mereka sangat ambil berat dan sayangkan menantu serta cucu,” katanya.



Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Puteri Sarah Akui Rindu Suami 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo