Berita

Dua kali hilang vokalis | Harian Metro


SELEPAS hadir dengan album ketujuh pada 2007, kumpulan Suffercation tidak dapat terlalu aktif kerana vokalisnya menarik diri.

Mereka bangkit semula pada 2014 apabila menerbitkan album remastered Ancient Vision Disappear The Rise Crypic Existence yang memuatkan dua lagu baharu.

Bagaimanapun, mereka sekali lagi terpaksa menyepi apabila vokalis baharu mengambil keputusan menarik diri daripada kumpulan.

Tidak berputus asa, pasangan adik-beradik yang juga pengasas kumpulan ini iaitu Ly Razak selaku pemain drum dan Rob Razak (pemain gitar) kembali dengan material baharu untuk dimuatkan dalam album terkini Suffercation pada tahun lalu.

Mendapat kerjasama daripada Rockstage Entertainment, sekali gus menyaksikan album kesembilan ini berjaya diterbitkan.

“Sebagai ketua kumpulan, saya mengadakan sesi uji bakat untuk mengisi kekosongan vokalis kami.

“Selepas menguji bakat ramai individu, saya berpuas hati dengan kebolehan Faizal Dee dan mengambilnya sebagai penyanyi.

LIRIK lagu Suffercation berkisar pada keadaan semasa dunia.
LIRIK lagu Suffercation berkisar pada keadaan semasa dunia.

“Saya juga berbincang dengan Pengarah Rockstage Entertainment, Talib Othman untuk ambil Yan Lefthanded sebagai pemain bass undangan,” kata Ly Razak.

Menurutnya, Talib bersetuju, begitu juga Yan sedia diserapkan untuk menggalas posisi pemain gitar yang sebelum ini digalas pemuzik undangan lain.

“Yan terbabit secara langsung untuk album ini serta dalam konsert yang membabitkan Suffercation nanti.

“Proses rakaman album dibuat pada April tahun ini dan siap sepenuhnya September lalu,” katanya.

Album keluaran Rockstage Entertainment itu, memuatkan lapan lagu yang semuanya ditulis oleh Rob Razak dan susunan muzik dibuat Ly Razak.

Album berjudul Altered The Past Future ini berkonsepkan Death Metal 90-an.

“Ia sebuah album yang mantap dan menarik. Tambah lagi, sentuhan bass dari Yan menambahkan keasyikan melodi dalam album terbaharu ini.

“Lirik lagu kami juga berkisar pada keadaan semasa dunia dan rakaman dibuat di Studio Big R, Ampang Jaya dengan khidmat jurutera bunyi oleh Riza Omar,” katanya.

Album Altered The Past Future boleh didapati secara dalam talian dengan melayari Facebook Rockstage Entertainment dan dijual di kedai cakera padat (CD) di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo