Infotainment

Duit Saman Wartawan Boleh Beli Rumah, Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media

Duit Saman Wartawan Boleh Beli Rumah, Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media
Duit Saman Wartawan Boleh Beli Rumah, Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media 1

Penyanyi Shila Amzah mengakui menyesal selepas membazirkan wang ringgit, masa dan tenaga selepas menyaman sekumpulan wartawan pada tahun 2015.

Memetik laporan mStar, Shila berkata jika boleh diundurkan masa dia tidak akan meneruskan saman berkenaan kerana perkara itu boleh diselesaikan tanpa perlu melibatkan mahkamah.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tak Tolak Jodoh Dengan Shila Amzah

Menurut Shila lagi, apa yang berlaku lapan tahun lalu bukan atas kerelaan sendiri sebaliknya dikawal oleh kedua ibu bapa.

“Sejujurnya saya dapat kebebasan buat apa saya nak dalam tiga tahun kebelakangan ini… apa berlaku sebelum ini saya boleh kata bukan keputusan saya. Saya bukan nak menidakkan jasa ibu bapa membesarkan dan melindungi saya, ketika itu saya pun berada dalam keadaan tertekan, memang kita saling memerlukan.

“Kalau boleh undur waktu saya tak nak membazirkan duit dan masa. Saya habiskan amaun duit yang saya boleh beli rumah hanya untuk turun naik mahkamah. Setiap kali nak pergi mahkamah rasa berat kaki.

“Seandaikan saya ada kebebasan masa itu, saya akan selesaikan tapi malangnya mereka (wartawan) tak boleh terus kepada saya, tak ada nombor untuk tanya, kalau saya ada ruang mesti saya jawab

“Memang keputusan itu bukan keputusan saya! Of course masa muda saya ada emosi… saya tak boleh keluar, tak boleh berkawan dengan sesiapa yang saya nak, saya dikawal rapi,” katanya.

Berkongsikan luahan hatinya dalam satu temu bual bersama Melodi, Shila juga turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada pihak media yang terkesan dengan tindakannya itu. Dalam pada itu Shila berkata apa yang terjadi sebelum ini dapat dijadikan pengajaran buat dirinya dan anak seni yang lain.

“Sekarang ini saya menjalani kehidupan untuk hari ini, kita tak tahu apa akan berlaku esok, saya tak nak berdendam dengan orang. Kalau boleh sesiapa yang tergores hati perasaan, seandainya bermula dari saya atau orang lain saya mohon maaf.

“Semasa itu pandangan saya tentang kehidupan berbeza, saya harap sangat ini tak berpanjangan, kita semua nak hidup tenang sahaja dan semoga menjadi pengajaran dan iktibar untuk anak seni dan kawan-kawan yang lain.

“Apabila dah ada dalam industri selesaikan dengan cara baik. Saya mohon maaf sangat, tak nak hidup dalam dendam dan pergi event pun rasa best je.

“Ini merupakan satu titik hitam paling buruk dalam hidup saya, saya harap kita dapat berbaik semula kerana kita tak tahu esok ada lagi tak untuk kita. Kalau tak nak berkawan lagi pun, jauh di hati saya anda dapat memaafkan saya,” luahnya.

Terdahulu, pada tahun 2015 Shila menyaman satu akhbar selepas melaporkan penyanyi itu ditaja syarikat judi bagi menjayakan sebuah konsert.


Duit Saman Wartawan Boleh Beli Rumah, Shila Amzah Mohon Maaf Kepada Media 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list