Infotainment

“Dulu Tengok Tabligh Saya Lari, Takut Diajak Ke Masjid”

“Dulu Tengok Tabligh Saya Lari, Takut Diajak Ke Masjid”

"Dulu Tengok Tabligh Saya Lari, Takut Diajak Ke Masjid" 1

Kini sudah berhijrah kearah lebih baik dan mula menyertai jemaah tabligh sejak tahun lalu, Faizal Ismail berkata itu merupakan langkah awal dia menjaga hubungannya dengan Allah.

Faizal mengakui sepanjang 15 tahun dalam bidang penyiaran radio, dia terlalu sibuk dengan urusan dunia dan kerjaya. Malah, Faizal mengakui dahulu jika nampak tabligh dia akan lari.

BACA: Faizal Ismail Tidak Mampu Lagi Simpan Rahsia Dari Peminat

“Menyertai jemaah tabligh adalah titik mula saya membuat penghijrahan atau perubahan dalam diri. Kalau dulu kita lari tengok tabligh sebab takut diajak ke masjid. Tak sangka ketika di United Kingdom (UK), rumah saya diketuk dua jemaah tabligh dari Malaysia. Dari situ saya berfikir, sejauh ini mereka nak mengajak ke arah kebaikan.

“Dalam agama kita, lelaki dituntut untuk solat berjemaah di masjid. Selama ini mungkin saya tidak ambil berat soal ini. Jadi, hubungan saya dengan Allah jauh. Pulang saja ke Malaysia, ini perkara saya fikir. Dalam masa sama ketika itu saya sudah berbulan-bulan mengalami masalah kesukaran tidur. Sampai satu tahap nak menjadi satu tekanan dan berasa kecewa.

“Saya rujuk pada kenalan ustaz dan mereka sarankan saya untuk cuba perbaiki dulu hubungan dengan Allah. Alhamdulillah, saya pandang apa yang berlaku dalam diri saya ini adalah ketentuan Allah SWT,” katanya.

Mula menyertai jemaah tabligh sejak November tahun lalu, Faizal berkata dia sememangnya enggan berkongsikan mengenai perkara itu kepada umum.

Saya pulang ke tanah air pada Julai tahun lalu. Pertama kali menyertai jemaah tabligh pada November tahun lalu. Saya terbabit dalam diam saja dan memang tidak mahu hebohkan. Alhamdulillah, sehingga sekarang sudah banyak kali terbabit.

“Saya menyertai tabligh di sekitar tempat tinggal saya di kampung halaman di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sekarang saya menetap di Pulau Pinang kerana menjaga emak selepas kematian bapa. Memandangkan saya anak sulung lelaki, ia menjadi tanggungjawab saya. Kalau ke Kuala Lumpur pun atas urusan kerja,” katanya.

Faizal yang juga bekas penyampai radio Hot FM menyambung pengajian dalam bidang industri kreatif di peringkat Sarjana di Universiti Cardiff, UK pada Ogos 2019.



"Dulu Tengok Tabligh Saya Lari, Takut Diajak Ke Masjid" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo