Infotainment

Ebit Lew Sarung PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir

Ebit Lew Sarung PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir

Ebit Lew Sarung PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir 1

Baru sahaja pulang dari Gaza beberapa hari lalu dan masih menjalani kuarantin, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memaklumkan bapanya menghidap kanser perut tahap akhir.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit diberi peluang untuk berjumpa dengan bapanya walaupun sekejap dengan lengkap berpakaian PPE dan ujian Covid-19 menunjukkan negatif.

BACA: Baru Tiba Di Malaysia, Ebit Lew Sudah Mula Beri Bantuan Kepada Orang Susah

Menurut Ebit lagi, sel kanser sudah merebak ke seluruh badan serta memohon agar orang ramai mendoakan buat bapanya.

Dalam pada itu, Ebit turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit kerana perlu menjalani kuarantin serta berterima kasih kepada adik-beradiknya yang lain.

Ebit berkata sebelum ini bapanya sempat memberikan pesanan kepada ketika masih sedar supaya meneruskan kerja dengan melakukan misi bantuan kemanusiaan.

Lebih sebak, Ebit turut berdoa jika ada sedikit pahala di atas kebaikan dilakukannya hadiahkanlah kepada bapanya agar dikurangkan kesakitan.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.



Ebit Lew Sarung PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo