Berita

Eizlan nak saman Hans Isaac

Eizlan nak saman Hans Isaac 1

Eizlan nak saman Hans Isaac 2

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac.

Eizlan berkata, ia susulan tindakan Hans yang membuat tuduhan melulu dan tidak berasas dengan mengaitkan namanya terbabit dalam penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi Exellent Pictures Sdn Bhd sehingga mendapat geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Finas.

Eizlan berkata, Hans melakukannya di dalam kumpulan WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) pada 16 November lalu.

“Saya dapat tahu perkara ini apabila seorang ahli PFM menghantar tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp. Apabila saya baca memang terkejut sebab dia mengaitkan nama saya. Perkara ini menjadi bualan dalam kalangan mereka.

“Semalam, terdapat ahli PFM sudah menghentam saya secara peribadi dan mahu membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta mendesak saya meletakkan jawatan. 

“Bagi saya, ini isu besar kerana mereka berpendapat saya sudah salah guna kuasa sehingga dapat dana, sedangkan saya tak ada kena mengena dengan syarikat itu sama ada selaku pengarah atau pemegang saham. Apabila ditekan ahli PFM, bagi saya ia sudah melampau,” katanya.

Eizlan berkata, dia sudah melantik peguam daripada Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co untuk tindakan selanjutnya.

“Saya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip integriti. Saya menzahirkan kekecewaan atas tuduhan melulu dan tidak berasas yang dilontarkan sehingga mencemarkan nama, imej dan reputasi saya.

“Dakwaan ini memberi kesan secara langsung kepada karier dan perniagaan saya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana imej dan reputasi saya sudah terkesan akibat dusta ini, khasnya saya selaku Ahli Perbadanan Finas dan kredibiliti saya selaku penggiat industri kreatif yang sudah berkecimpung selama lebih daripada 20 tahun serta dikenali masyarakat dan industri perfileman negara,” katanya.

Sementara itu, Hans ketika dihubungi berkata dia akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dalam waktu terdekat.

“Saya akan keluarkan kenyataan sedikit masa lagi,” katanya.

Eizlan nak saman Hans Isaac 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo