Berita

Ejen Ali Misi: Juang inspirasikan karakter Dr Noor Hisham

Ejen Ali Misi: Juang inspirasikan karakter Dr Noor Hisham 2

Petaling Jaya: Bagi memberi penghormatan dan penghargaan buat petugas barisan hadapan, Primeworks Studios dan Wau Animation sekali lagi bekerjasama untuk menerbitkan filem pendek Ejen Ali Misi: Juang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Muhammad Usamah Zaid Yasin, berkata jalan cerita yang disampaikan menerusi filem pendek ini berkisar mengenai isu semasa ketika dunia dilanda pandemik Covid-19. 

“Sekarang, kita masih berperang dengan Covid-19. Jadi, saya terfikir untuk tampilkannya dalam bentuk visual dan persembahkan cabaran yang kita hadapi. 

“Pada masa sama, karya ini juga adalah hadiah dan tanda pernghargaan buat petugas barisan hadapan,” katanya kepada Harian Metro. 

Lebih menarik, Ejen Ali Misi: Juang juga menampilkan karakter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. 

“Karakternya adalah sebagai tanda penghargaan buat beliau. Kami mendapat persetujuan daripada pihaknya (Dr Noor Hisham) sebelum teruskan dengan idea ini. 

“Dua senjata yang menjadi kekuatan karakternya diinspirasikan daripada penyukat suhu badan dan batang kapas untuk ujian calitan (swab),” katanya. 

Filem pendek ini akan dilancarkan pada 25 Disember ini,  jam 9.45 malam menerusi saluran YouTube rasmi ​Ejen Ali.

 

 

 

Ejen Ali Misi: Juang inspirasikan karakter Dr Noor Hisham 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo