Artikel Terkini

Ejen hartanah rugi RM7 juta ditipu ‘pegawai KKM’

Ejen hartanah rugi RM7 juta ditipu ‘pegawai KKM’
Ejen hartanah rugi RM7 juta ditipu ‘pegawai KKM’ 1

Ejen hartanah rugi RM7 juta ditipu ‘pegawai KKM’
Polis berkata, mangsa menyedari ditipu selepas semua wang dalam akaun banknya hilang.

KUALA LUMPUR: Seorang ejen hartanah wanita mengalami kerugian lebih RM7 juta selepas diperdaya sindiket Macau Scam menggunakan modus operandi terkini dengan menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada 18 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, wanita tempatan berusia 66 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan mangsa mempunyai 52 dos vaksin Sinovac dimohon atas namanya secara tidak sah dan akan dikenakan tindakan oleh KKM.

Beliau berkata, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada polis yang memberitahu mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan terdapat waran tangkap atas namanya.

“Percaya dengan perkara itu, mangsa diminta membuka tujuh akaun bank tempatan yang baharu serta menyerahkan semua maklumat akaun bank tersebut kepada suspek.

“Mangsa seterusnya diarahkan membuat transaksi pemindahan wang simpanan peribadi lebih RM7 juta ke tujuh akaun baharu dibuatnya,’’ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, wanita itu menyedari diperdaya selepas membuat semakan dengan Bank Negara dan dimaklumkan terdapat transaksi pengeluaran tanpa pengetahuan mangsa daripada ketujuh-tujuh akaun bank baharu itu.

Katanya, mangsa yang tidak puas hati dan rasa tertipu membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Ejen hartanah rugi RM7 juta ditipu ‘pegawai KKM’ 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo