Artikel Terkini

Ekonomi negara dianggar beroperasi pada kapasiti 45 peratus semasa PKP tahap 1, 2

Ekonomi negara dianggar beroperasi pada kapasiti 45 peratus semasa PKP tahap 1, 2 1

Ekonomi negara dianggar beroperasi pada kapasiti 45 peratus semasa PKP tahap 1, 2 2

Ekonomi negara dianggar beroperasi pada kapasiti 45 peratus semasa PKP tahap 1, 2 3

PUTRAJAYA: Ekonomi negara dianggarkan beroperasi pada kapasiti 45 peratus, akibat penutupan perkhidmatan bukan keperluan selama empat minggu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April, 2020.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengunjurkan ekonomi negara tumbuh antara -2 peratus dan 0.5 peratus pada 2020, dan unjuran tersebut telah mengambil kira pelaksanaan PKP selama empat minggu sehingga 14 April, 2020.

“(Justeru itu,) Keputusan untuk membenarkan sektor ekonomi tambahan beroperasi secara berperingkat semasa PKP Tahap 3 akan meningkatkan kapasiti operasi ekonomi negara,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

BACA: PKP: Langgar syarat MITI, kelulusan empat syarikat ditarik balik 

Menurutnya, kementerian telah menerima sebanyak 18,650 permohonan beroperasi daripada sektor ekonomi tambahan untuk PKP Tahap 3 pada hari pertama sistem permohonan MITI mula beroperasi (13 April 2020).

“Ini adalah satu jumlah yang besar jika dibandingkan dengan permohonan yang kita terima pada Tahap 1 dan 2, di mana kita hanya memproses sebanyak 12,360 permohonan dalam tempoh enam hari,” katanya.

Beliau berkata industri dan syarikat yang telah mendapat kelulusan pada PKP Tahap 1 dan 2 tidak perlu mendapatkan kelulusan untuk beroperasi pada PKP Tahap 3.

— BERNAMA



Ekonomi negara dianggar beroperasi pada kapasiti 45 peratus semasa PKP tahap 1, 2 2

Source link